Banjir di Pahang: SKLKTP Kota Gelanggi 1 jadi PPS sementara

Khairil Nizam meninjau kawasanbanjir di sekitar Jerantut, Pahang.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak Sabtu (23 Dis) lalu menyaksikan Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Kota Gelanggi 1 di Jerantut, Pahang menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan lebih 19 orang ketua isi rumah.

Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau melihat sendiri keadaan paras air yang naik di sekitar hotspot banjir di sini termasuk kawasan rendah.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, air dah surut di kawasan tersebut dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari ini. 

“Semoga cuaca bertambah baik supaya penduduk yang terjejas dapat mula membersihkan kediaman mereka.

“Walau bagaimanapun, beberapa jalan utama telah dinaiki air dan trend air terus menaik serta ditutup kepada kenderaan ringan,” katanya dalam suatu kenyataan. 

Khairil Nizam bersama-sama penduduk mangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Kota Gelanggi 1 di Jerantut, Pahang yang dijadikan pusat pemindahan sementara.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Pusat sehubungan itu, menasihati penduduk supaya bersabar berdepan ujian itu dan sentiasa menjaga diri pada musim tengkujuh. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah melaporkan bahawa Jerantut antara daerah dalam amaran bahaya (merah) susulan dijangka hujan lebat berterusan sehingga semalam (25 Dis).  HARAKAHDAILY  26/12/2023

- Advertisement -