PAS kekal Marang, rayuan petisyen Umno-BN ditolak

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah secara sebulat suara menolak rayuan keputusan Petisyen Pilihan Paya P.037 Marang difailkan Umno-Barisan Nasional (BN) tanpa perintah kos, di Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Keputusan ini dibuat oleh tiga korum Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, bersama Dato’ Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rodhariah Bujang.

Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar hujahan pihak-pihak selama lebih 3 jam di mana Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS selaku Responden 

Beliau diwakili sekumpulan lima peguam iaitu Datuk Seri Takiyudin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS dan Wan Rohimi Wan Daud selaku juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat.

Juga Ahmad Lutfi Awang yang juga Timbalan Pengerusi 2 LUHAM dan Yusfarizal Yussoff iaitu Pengerusi LUHAM Selangor serta Mohd Faizi Che Abu yakni Ketua Pengarah JUHAM Malaysia.

Pada PRU15 lalu, Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 73,115 undi, manakala calon BN, Jasmira Othman (31,386 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Abdul Shukur (4,140 undi) serta calon PEJUANG, Zarawi Sulong (427 undi).

Presiden PAS itu menang menewaskan mereka semua dengan majoriti 41,729 undi. – HARAKAHDAILY 15/11/2023 

KRONOLOGI Perbicaraan Petisyen PRU15 P.037 Marang

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/06/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/07/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-2/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/07/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-3/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/08/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-4/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/09/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-5/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/13/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-6/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/15/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-7/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/17/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-8/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/20/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-9/

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/20/perbicaraan-petisyen-keputusan-pru15-parlimen-marang-10/

- Advertisement -
- Advertisement -