Perbicaraan petisyen keputusan PRU15 Parlimen Marang (6)

- Advertisement -

SAMBUNGAN perbicaraan petisyen PRU15 Parlimen Marang P.037 Isnin 13 Mac:

Perbicaraan bersambung jam 10:50 pagi.

Peguam responden diketuai Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Wan Rohaimi Wan Daud, hadir bersama tiga orang peguam lagi.

Peguam pempetisyen menyatakan kepada hakim yang pasukan mereka, masih belum dapat lagi menyerahkan sepina kepada saksi, Haji Nordin Abdul Jalil.

Manakala sepina kepada YB Arifin Deraman, ADUN Alor Limbat, telah diserahkan kepada beliau, pagi tadi di pejabat Exco, di Wisma Darul Iman. Menurut respon dari pihak beliau, beliau cuba hadir pagi esok, kerana baru pulang dari luar negara.

Seorang lagi ADUN PAS, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong, akan menghadiri prosiding pada sebelah petang esok kerana mempunyai jadual rasmi pada hari ini dan pagi esok. Sepina telah diserahkan kepada beliau pada hari Ahad minggu lepas.

Untuk makluman, YB Ustaz Mohd telahpun hadir pada hari kedua perbicaraan bagi menjadi saksi. Akan tetapi soal jawab dengan saksi lain iaitu Long Muhammad Sulaiman pada hari itu, memakan masa agak panjang dan YB Ustaz Mohd Nor, terpaksa beredar kerana menghadiri majlis lain kemudiannya.

YB Sulaiman Sulong, wakil rakyat Pengkalan Berangan juga masih belum diserahkan lagi sepina kepada beliau. Oleh kerana masalah saksi sepina pempetisyen gagal hadir pada hari ini, maka peguam pempetisyen memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan dahulu prosiding pada hari ini dan mencadangkan perbicaraan disambung semula pada esok pagi

Hakim, Datuk Hassan Ghani, bersetuju dengan cadangan peguam pempetisyen dan memutuskan jika masih tiada saksi sepina pempestisyen esok, beliau meminta peguam responden bersedia untuk membawa saksi bagi pihak responden pula.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga jam 10:30 pagi esok Selasa, 14 Mac 2023.

MOHD NASIR ABDULLAH
13 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 13/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -