Sanusi tenang bantu rakyat hadapi ujian banjir Kedah

- Advertisement -

HAMPIR dua bulan selepas PRN rakyat Kedah menyaksikan sendiri bagaimana kepemimpinan Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah yang dipilih semula, tenang dan pantas menguruskan bantuan kepada rakyat Kedah yang terkena musibah banjir. 

Banjir Kedah yang dihadapi kali ini memberikan sedikit kelegaan kepada seluruh rakyat Kedah berikutan tiada kehilangan jiwa dan tiada kerosakan teruk yang banyak. Namun begitu Kerajaan Kedah mengerahkan seluruh jentera negeri untuk turun membantu meringankan beban rakyat menghadapi banjir.

Sejak 26 Oktober 2023, beberapa PPS mula dibuka. Adalah difahamkan bahawa jumlah mangsa banjir di Kedah adalah seramai 1,908 mangsa daripada 576 keluarga yang dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

Menteri Besar Kedah kelihatan sedikit penat meninjau kesemua PPS di empat daerah yang terjejas bagi melihat semua jenis bantuan yang disalurkan dapat sampai kepada setiap mangsa serta meninjau kerja-kerja bantuan yang digerakkan oleh petugas-petugas bantuan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pihak PDRM, pihak Bomba, Jabatan Kebajikan Malaysia dan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Amal.

Pihak Menteri Besar pada 1 Oktober 2023, dengan segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi memastikan semua usaha-usaha pemulihan dapat terus digerakkan bagi memastikan keselesaan mangsa-mangsa banjir seterusnya dapat segera pulih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Beliau meminta agensi-agensi berkaitan dapat segera membaiki dan memulihkan infrastruktur yang rosak. Mangsa yang terjejas juga perlu dikenalpasti apa-apa keperluan yang mampu dibantu pihak kerajaan negeri jika perlu.

Walaupun musibah banjir di Kedah pada kali ini tidak kurang teruk sebagaimana kejadian banjir sebelum ini namun rakyat kelihatan lega dan berpuas hati dengan keberkesanan pihak Menteri Besar menggerakkan seluruh jentera kerajaan negeri seperti pihak Majlis Daerah dan bantuan ADUN bagi meringankan beban rakyat.

Pada 2 Oktober 2023 semua PPS telah ditutup setelah banjir surut dan reda. Kesemua mangsa banjir selamat kembali ke rumah masing-masing.

Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah dan agensi-agensi lain yang terlibat.

Tahniah rakyat Kedah kerana telah memilih pemimpin yang tepat.

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 3/10/2023

Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02hu47vgJczjXgLiXxb6X2SSG1ovvfxX2hUagSsVepybQsBhs3AgVVz4u6SHgSsAd9l&id=100064584887142&mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -