Kenistaan politik Lokman Adam

- Advertisement -

PANGLIMA siber utama PH-BN Lokman Adam menghina saya dengan gelaran budak hingusan setahun jagung dalam politik. Adakah itu merendahkan sedikit pun martabat dan darjat saya? Sama sekali tidak. 

Tapi saya nak ingatkan mulut lobak beliau bahawa hakikatnya beliau lebih hina di kaca mata penyokong PKR dan Anwar Ibrahim dengan kata-kata angkuh beliau ini berhubung tuduhan liwat dalam kempen-kempen politik sebelum ini. 

Jauh lebih hina dan nista berbanding apa yang YB Putrajaya ucapkan dalam Dewan Rakyat tempoh hari. 

Sudahkah Lokman Adam menarik balik dan memohon maaf kepada Perdana Menteri ke-10 (PMX)? Di mana pergi Panglima PKR seperti Shamsul Iskandar yang mendesak tindakan diambil ke atas Dr. Radzi Jidin untuk dikenakan ke atas Lokman Adam? 

Kenapa ada double standard dalam menghukum? Musuh politik kamu nak benam, yang membudayakan tuduhan liwat di kalangan Panglima Umno-BN ke atas Anwar Ibrahim selama hari ini kamu bacul nak desak tarik balik dan mohon maaf dalam pertahankan maruah Presiden kamu. 

Ini antara contoh utama yang saya katakan semalam berkenaan kerjasama munafik politik PH-BN. 

Semua nilai halal-haram, sakral-nista jadi tunggang terbalik dalam politik jenis luar tabii ini. Inikah budaya politik yang kamu nak wariskan kepada anak bangsa? 

Apa saja yang kamu jual janji kepada rakyat dan berpendirian sebelum ini semuanya telah dihalalkan demi kuasa dan kedudukan biarpun mengorbankan prinsip dan asas perjuangan.

WAN AHMAD FAYHSAL – HARAKAHDAILY 3/10/2023

Sumber Asal: https://fb.watch/nrcgg62Zg3/?mibextid=Nif5oz 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -