Sanusi dedah skandal Amirudin dengan Vincent Tan 

- Advertisement -

KUBANG PASU: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan skandal yang berlaku melibatkan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan. 

Menurut beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, ahli perniagaan tersebut mahu mengadakan projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar di negeri itu. 

Beritahunya, skandal membabitkan syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi projek di Sungai Klang itu akan merugikan Kerajaan Negeri Selangor sekitar RM180 juta. 

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55 peratus. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” ujarnya, semalam. 

Sanusi melontarkan peringatan kepada para pemimpin PKR untuk menjaga negeri ditadbir mereka, bukan bermain politik di Kedah sebagaimana Setiausaha Agung PKR, Senator Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Hang (kamu) pi jaga Selangor itu. Hang pi tengok ini jadi apa dah itu? Lagu mana tauke-tauke menjarah kepala otak para pemimpin PKR. Akhirnya harta-harta rakyat negeri Selangor nak terlepas kepada tauke ni. 

Hangpa (kamu semua) pi tengok sana. Hang mai duk jalan Kedah pasaipa (sebab apa)?” bidasnya pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra, di sini malam tadi. 

Tegas Sanusi, fokus Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kepada rakyat dan tidak akan membela tauke-tauke besar sama ada Vincent Tan mahupun Riza Chalid serta tidak akan memberi perhatian kepada projek tauke. 

“Sungai Klang dia punya pasal. Itu cokia punya MB, dia bela tauke. Saya tak cokia, saya nak bela rakyat Kedah. Boleh tak boleh hang nak bela tauke, hang punya pasal. Dia kata dia nak mai Kedah nak ajar saya macam mana nak bangunkan negeri Kedah.  

“Saya nak habaq kata kalau nak ajar aku bangunkan negeri aku, pakat dengan tauke, tak payah mai, hang mai takat Pulau Pinang sudah. Bangsa cokia. Kita nak, kita ceramah. Lawan sama-sama MB, (tapi) dia pi report polis pengecut. Tangkap kita pukul 3 pagi,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 3/8/2023

- Advertisement -
- Advertisement -