Singapura hukum mati wanita sabit dadah hari ini

Penjara Changi di Singapura.
- Advertisement -

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura telah menjalankan hukuman mati terhadap wanita atas sabit kesalahan pada hari ini, Jumaat (28 Jul), yang pertama dalam tempoh hampir dua dekad.

Ini adalah kali pertama hukuman mati buat pesalah wanita sejak 2004, apabila pendandan rambut Yen May Woen, 36, juga disabitkan kesalahan mengedar dadah, dihukum mati di Singapura, yang mempunyai salah satu undang-undang dadah paling keras di dunia.

- Advertisement -

Menurut Biro Narkotik Pusat Singapura, Saridewi  Djamani, 45, dihukum mati pada awal hari ini di penjara Changi; yang menyaksikan pelaksanaan hukuman mati kedua seumpama itu sepanjang minggu ini, selepas hukuman mati terhadap Mohd Aziz Hussain, 57, dilaksanakan pada Rabu (19 Jul) lalu sabit kesalahan bersalah memiliki bagi tujuan mengedar, tidak kurang daripada 49.98 gram diamorphine atau heroin tulen.

“Saridewi disabitkan bersalah memiliki dalam simpanannya untuk tujuan pemerdagangan, tidak kurang daripada 30.72 gram diamorfin, atau heroin tulen,” kata biro itu, lapor The Guardian.

Wanita itu disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati pada 6 Julai 2018, bagaimanapun, rayuannya terhadap hukuman mati ditolak pada 6 Oktober tahun lalu.

“Saridewi telah diberi proses yang sewajarnya sepenuhnya di bawah undang-undang, dan diwakili peguam bela sepanjang proses itu.

“Petisyen Saridewi kepada presiden (Singapura) untuk pengampunan juga  tidak berjaya,” kata biro itu.

Singapura menyaksikan hukuman mati pertamanya dilaksanakan pada tahun ini, apabila pada April  lalu, ia telah melaksanakan hukuman mati terhadap Tangaraju Suppiah, 46, atas tuduhan ‘bersubahat’ dengan ‘konspirasi mengedar dadah’. 

Sejak tahun lalu, Singapura telah melaksanakan sekurang-kurangnya 15 hukuman mati di tengah-tengah gesaan untuk menghapuskan hukuman mati, khususnya oleh kumpulan advokasi Transformative Justice Collective yang mendedahkan satu lagi pelaksanaan telah dijadualkan pada Khamis, 3 Ogos tahun ini. – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -