Ramai calon PN Kelantan pakar kewangan 

Dua calon PERIKATAN NASIONAL bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 Kelantan, Saizol Ismail (kiri) dan Mohd Aziz Abu Naim.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Calon-calon yang ditampilkan PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kelantan kali ini lebih segar dan berpendidikan tinggi; bukan lagi tertumpu kepada calon lulusan agama, sebaliknya merentasi semua bidang dan kerjaya profesional.

Antara calon yang merupakan lulusan bidang perakaunan ialah Saizol Ismail yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, Dato’ Mohamad Farid Zawawi (Kok Lanas), Mohd Aziz Abu Naim (Nenggiri) dan Nor Sham Sulaiman (Semerak).

- Advertisement -

Ada dalam kalangan mereka sebelum pernah bertugas sebagai pegawai bank, konsultan dan akauntan syarikat.

Saizol memulakan kerjaya pada 2005 dengan menubuhkan Islah Strategic Managemnent Services bersama tiga rakan.

Selepas seorang rakan niaga keluar beliau menukar nama syarikat kepada  Islah Tax and Consultantcy. Pejabat beroperasi di Wangsa Maju Kuala Lumpur.

“Ketika itu saya terlibat dengan Pemuda PAS Wangsa Maju daripada 2005 sehingga 2008. Pada awal 2009 saya balik Kelantan dan membuka satu lagi syarikat atas nama Solution House Consulting di Wakaf Che Yeh.

“Pada 2014 tubuh JTB Partners Sdn Bhd saya pindah di pejabat yang ada sekarang di Wakaf Che Yeh,” katanya ketika ditemui HarakahDaily

Saizol juga berkata, beliau terlibat dengan Pemuda PAS Salor sehingga 2020 genap usia 40 tahun. Sebelum itu beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Kubang Kerian. 

Ditanya mengenai gerak kerja katanya ia sudah bermula dan berjalan lancar. Beliau juga merupakan Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Salor.

Menurutnya,  gerak kerja DUN Salor antaranya terkehadapan sehingga sekarang, yang mana DUN tersebut meliputi hampir 80 peratus sebagai kawasan pertanian dengan sawah padi yang terletak di pelbagai tempat.

“Projek ECRL yang sedang rancak berjalan sekarang memacu pembangunan di Bandar Baru Tunjong. Ia sebagai limpahan rezeki yang akan menyediakan lebih lagi peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Dalam tempoh tiga tahun lagi insya-Allah impak yang besar akan kelihatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -