Gerakan yakin gelombang rakyat pertahan PN Kedah

Wong Chia Zhen (kiri) dan Ustaz Sharil Long.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Parti Gerakan yakin gelombang rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN) dan aura Menteri Besar, Dato’ Seri Muhamamd Sanusi Md Nor mampu mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Pengerusi Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen berkata, kerajaan negeri mampu kekal di tangan PN memandangkan gelombang kebangkitan rakyat semakin meningkat.

- Advertisement -

Pengerusi Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen berkata, kerajaan negeri mampu kekal di tangan PN memandangkan gelombang kebangkitan rakyat semakin meningkat.

Katanya, fenomena tersebut juga melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim yang sebelum ini dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum lepas.

“Ini merupakan kali pertama saya bertanding di Kedah tetapi sudah berpengalaman menjadi calon Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU15). 

“Saya berharap sokongan padu semua pengundi tanpa mengira bangsa dan agama untuk memenangkan PN dan sekaligus merampas kerusi DUN berkenaan daripada PH,” katanya ketika ditemui HarakahDaily.

Calon muka baharu di DUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharil Long juga yakin PN dapat dikekalkan di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Katanya walaupun beliau merupakan muka baharu bertanding di peringkat Dun, namun sudah ada pengalaman sebagai calon Parlimen Sungai Petani pada PRU14. 

“Insya-Allah, DUN Pantai Merdeka kekal dimenangi PN dengan melihat gelombang sokongan rakyat semakin meningkat,” katanya  yang juga merupakan seorang penceramah bebas. 

Menurutnya juga,  jumlah undi PN yang diperoleh DUN Pantai Merdeka pada PRU15 tidak dapat diatasi PH walaupun dicampurkan jumlah undi calon BN dan Amanah; yang mana DUN Pantai Merdeka pada PRU14 dimenangi calon PAS, Ustaz Mohd Fadzli Hashim. – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -