Peneroka FELDA cuba dijadikan mangsa politik Anwar

- Advertisement -

TIBA-tiba warga Peneroka FELDA menjadi keliru dengan perkembangan terkini selepas sambutan Hari Peneroka FELDA 2023 di MAEPS baru-baru ini selepas Perdana Menteri menyentuh berkaitan hutang peneroka.

Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan penghapusan  hutang peneroka FELDA dilakukan olehnya walaupun peneroka FELDA sebelum ini sudah tahu hutang mereka telah dihapuskan kira oleh Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan. 

Perdana Menteri mendakwa zaman Muhyiddin hanya umum sahaja tapi tidak dilaksanakan. Isu inilah yang mengejutkan peneroka FELDA kerana mereka yakin dan percaya pelaksanaan penghapusan ini sudah berlaku berdasarkan banyak kenyataan kerajaan dan pihak Pengerusi FELDA sendiri.

Apatah lagi mereka juga dipaksa menandatangani surat perjanjian persetujuan menerima penghapusan ini dan melibatkan melebihi 98,000 daripada 112,638 peneroka FELDA menerima atau menandatangani program ini. 

Apabila Perdana Menteri menyatakan sebaliknya, bukan sahaja peneroka FELDA, namun anak dan waris mereka terheret dengan polemik terbaharu melibatkan penghapusan hutang mereka.

Sepatutnya kenyataan atau pengumuman Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari sambutan peneroka mendatangkan perasaan gembira kepada peneroka,  namun sebaliknya, kekeliruan ini menjadi semakin parah apabila pihak FELDA sendiri gagal menjelaskan perkembangan ini.

Sekian.

NARAZA MUDA
Aktivis Pejuang Isu FELDA – HARAKAHDAILY 10/7/2023

- Advertisement -
- Advertisement -