KOTA KINABALU: Alternative Riding Club Sabah (ARC Sabah) meraih pengalaman diberi penghormatan berada di pentas Sabah Moto Day 6.0.
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata , ia merupakan penghargaan yang besar buat ARC Sabah apabila diberi kepercayaan untuk memimpin bacaan doa dan memberi tazkirah kepada peminat motor yang hadir dalam acara yang berlangsung, di sini, semalam.
“Pengalaman berharga ini akan menjadi ingatan yang sentiasa dikenang buat kami di ARC Sabah.
“Kami berharap agar ukhuwah antara ARC Sabah dengan pihak penganjur akan terus berkekalan pada masa akan datang,” katanya yang juga merangkap Penasihat ARC Sabah.
Turut hadir ialah Pengarah ARC Sabah Sabah, Tuan Rashlie Jonklas serta beberapa ahli jawatankuasa kerja ARC Sabah.
Dalam pada itu, beliau berkata bahawa ARC Sabah akan terus komited untuk membantu mana-mana program permotoran ke arah yang lebih baik.
Sabah Moto Day adalah program terbesar di Borneo bagi peminat jentera roda dua; dan acara pada tahun ini menyaksikan lebih 20,000 kehadiran belia dari seluruh Sabah, Sarawak dan Brunei. – HARAKAHDAILY 10/7/2023