Pembangunan Pulau Pinang di bawah DAP untuk siapa?

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: Pembangunan Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP dilihat lebih tertumpu dengan pesat di bahagian pulau khususnya di Timur Laut sedangkan ia daerah yang kecil di negeri ini.

Pengerusi BERSATU Negeri Pulau Pinang, Zulkefli Bakar berkata, namun tanah seluas 500,000 ekar itu dihuni seramai hampir 600,000 penduduk yang mewakili sepertiga rakyat Pulau Pinang.

“Maka kepadatan penduduk itu menyebabkan kesesakan. Jadi kalau nak buat lagi pembinaan dekat (Daerah) Barat Daya, dekat Balik Pulau itu bukan nak elakkan
kesesakan dah.

“Kita tahu bila padat penduduk, banyaklah kereta, motor. Ini adalah biasa di mana-mana. Kalau nak ikut dulu (bila sesak dan padat), kita di Kuala Lumpur ditukar (adakan pembangunan) di Putrajaya. Kuranglah sikit (kesesakan).

“Kalau kita tengok di negara lain di Jakarta, di Indonesia dia tukar (adakan pembangunan di sebelah) Borneo. Bukan dia nak nak buat LRT masuk dalam Balik Pulau. Kerana di situ ada kepadatan penduduk (di) Teluk Kumbar,” ujarnya.

Beliau mempertikaikan rancangan pembangunan sedang digiatkan pemerintahan DAP di negeri itu ketika berucap pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Menurut beliau, di Teluk Kumbar sahaja terdapat 15,000 penduduk, tetapi dengan pembangunan ingin dijalankan, akan dibangunkan penempatan untuk memuaskan 20,000 pekerja asing di situ.

Keadaan itu katanya, akan menyebabkan penduduk setempat menjadi golongan minoriti berbanding pekerja asing yang ditempatkan, selain menekan hak-hak kehidupan orang Melayu yang ramai di situ.

Beliau mempersoalkan matlamat rancangan pembangunan projek mega pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dan transit aliran ringan (LRT) di mana bakal melibatkan peruntukan kewangan sangat besar.

Sedangkan bidasnya, keperluan misalnya di Kampung Putih dan Permatang Kawah yang selalu menghadapi banjir kilat tidak diperuntukkan dalam menangani keadaan longkang dan saliran tersumbat.

Kononnya kata beliau, pemerintahan DAP mahu menyaingi Marina Bay di Singapura, namun pembangunan mewah yang mahu dijalankan dengan harga rumah mampu milik berharga RM400,000 ke atas akan menyebabkan penduduk lari keluar.

“Kelam kabut, itu gaji RM4,000 pun tak mampu dia nak beli rumah. Jadi anak-anak kita yang keluar daripada universiti nak beli rumah yang rasa macam itu mampus,” pertikai beliau.

Zulkefli menegaskan, hakikatnya penduduk yang rata-rata nelayan juga di situ tidak akan mampu memiliki rumah kediaman di mana tertentunya menyebabkan mereka terpaksa keluar berpindah. – HARAKAHDAILY 4/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -