Kerajaan pimpinan PMX terbukti konsisten menipu

- Advertisement -

JAWAPAN yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang dalam soalan bertulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai dakwaan parti dalam PERIKATAN NASIONAL menerima dana judi semasa kempen pilihan raya lalu bukti jelas kerajaan PH-BN pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX) menipu.

Dalam jawapan tersebut, YB Menteri menjelaskan bahawa selepas SPRM telah menjalankan siasatan dan mendapati tuduhan terlalu umum dan tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat PMX selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX.

Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN itu.

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
26 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 26/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -