Sanusi di mata pakar sains politik dan politikus

- Advertisement -

PAKAR Sains Politik USM Prof Dr Sivamurugan Pandian dipetik oleh akhbar The Star pada 30 April lalu mengatakan:

“Contohnya di Kedah MB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merupakan figura yang popular di sana dan Pakatan serta BN masih gagal menemui seorang tokoh yang boleh menandingi populariti beliau di kalangan massa.”

Sivamurugan menambah dan saya turunkan petikan asal: (The Star, 30 April 2023)

“Attacking him (Sanusi) raises sympathy votes for PERIKATAN and emboldens his strategy to win over the fencesitters”

(Menyerang Sanusi hanya membangkitkan simpati rakyat buat PERIKATAN dan memperteguhkan strategi beliau untuk menenangi undi dan sokongan atas pagar).

Hebat bacaan pakar Sains Politik anak tempatan ini, kerana telitilah laporan Malaysiakini yang melaporkan kenyataan Perdana Menteri ke-10 di Kelantan:

“Berbanding Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor yang disifatkan Anwar sebagai ‘angkuh, sombong dan hanya pandai cakap berkobar-kobar’.”

“Orang angkuh sombong, tinggallah kamu dengan keangkuhan dan sombong kamu,” katanya merujuk kepada Menteri Besar Kedah.

Anwar dan PH-BN letih berhadapan Sanusi sehingga terpaksa memperlekeh dan menyerangnya.

Kata Sivamurugan ‘attacking Sanusi raises sympathy‘, lihatlah video dan foto malam Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Kedah Sabtu 13 Mei baru-baru ini sebagai bukti.

Puluhan mungkin cecah ratusan ribu rakyat Kedah keluar khasnya anak muda memberi isyarat betapa Sanusi dan PN akan mereka pertahankan.

Kebangkitan luar biasa ini mustahil dibayar dengan wang ringgit tetapi sesungguhnya curahan simpati dan sokongan rakyat.

Semasa di Selangor 7 Mei lalu ketika ditanya apa di belakang sambutan rakyat terhadap beliau, kata Sanusi rakyat mahu pemimpin yang bercakap benar dan bukan pemimpin silap mata yang membohong dan memperdaya rakyat. Ayuh kita mendukung dan bersama mereka yang benar.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha 
PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -