Tuduhan perang: Dangkal dan kurang waras

- Advertisement -

HANYA mereka yang dangkal dan kurang waras menganggap pakaian beragam di Terengganu itu tanda menggalakkan perang. Sadis ilmuwan mengulas tanpa memahami tasawwur keseluruhan isu. 

Selepas ini apa lagi naratif buruk yang akan dibawa? Latihan memanah? Filem Ertugul? Latihan seni mempertahankan diri? Latihan berkuda? Latihan berenang? Membawa pada perang?

Sewajarnya ilmuwan memandu semangat anak muda. Sebaliknya tenggelam dalam naratif bagi memburukan Himpunan Anak Muda Terengganu.

Dalam himpunan tersebut tiada seruan mengajak perang, sebaliknya mengajak anak muda bersemangat dalam memperjuangkan Islam. Mereka bukan sahaja ditiupkan semangat tetapi diisi pengisian ilmu dan kefahaman.

Mengulas sesuatu isu tanpa memahami keseluruhan kisah juga sebenarnya juga sebenarnya tidak menepati disiplin ilmu fiqh. Kerana akibat salah ulasan mengakibatkan terbangkitnya fitnah yang sukar dipadamkan.

Kita hanya memerangi fitnah dan naratif jahat, dan tidak sesekali mengajak memerangi sesama warganegara. 

Kerana terbukti PAS sehingga hari ini memilih pendekatan keamanan melalui berpolitik melalui jalan demokrasi.

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 22/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -