Muhammad Fikry Tokoh Pelajar PASTI Sandakan

- Advertisement -

SANDAKAN: Adik Muhammad Fikry Suhardi telah diberi penghormatan sebagai Tokoh Pelajar PASTI Kawasan Sandakan.

- Advertisement -

Murid berkenaan terpilih menerima anugerah tersebut berdasarkan kepada penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti akademik dan kokurikulum termasuk mewakili PASTI Sandakan dalam acara bola sepak di peringkat negeri.

Muhammad Fikry diraikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Sandakan 2022, semalam, berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Daerah Sandakan.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Muslimat, Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu.

Ketika berucap menzahirkan penghargaan di atas pengorbanan guru-guru dalam mendidik mereka di PASTI, Sandakan Muhammad Fikry berkata, dia percaya segala pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh mampu menjadikan pelajar-pelajar kenal dengan agama.

“Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami terima kasih atas usaha dan penat lelah menghantar kami ke PASTI. Doakan kami menjadi anak yang soleh dan solehah,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2023

- Advertisement -