JIKA anak-anakmu berjaya sama ada dalam agama atau dunianya, janganlah merasa megah diri dan jangan sesekali memandang rendah kegagalan para ibu bapa yang lain, terutama jika mereka adalah kaum kerabat dan jiranmu.
Allah amat tidak suka sifat ujub, riya’, menunjuk-nunjuk dan sombong. Ia membunuh rasa syukur dalam diri.
Bayangkan tiba-tiba Dia menterbalikkan anakmu itu, sebagai balasan keras daripada-Nya di atas sifat burukmu.
Berapa banyak berlaku balasan ke atas dosa-dosamu itu dijelmakan pada perangai buruk dan nasib malang yang menimpa anak-anakmu.
Anak-anakmu itu, Allah-lah yang maha berkuasa penuh ke atas mereka.
Mereka anugerah Allah untukmu agar engkau mensyukuri-Nya.
Sentuhanmu ke atas pembinaan dan dirian mereka amatlah mendekati sifar.
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 13/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!