Portal pembelajaran haji dan umrah pertama di Malaysia dilancarkan

Majlis pelancaran portal E-hajj.my di Malakat Mall, Cyberjaya pada 31 Jan 2023.
- Advertisement -

CYBERJAYA: Portal pembelajaran haji dan umrah pertama di Malaysia, E-hajj.my telah dilancarkan sebagai pusat setempat (‘one stop centre’) pusat perkembangan kerjaya dalam bidang haji dan umrah.

- Advertisement -

Portal yang dilancarkan organisasi pendidikan di Malaysia yang menawarkan bidang pembelajaran dan kerjaya selari dengan permintaaan pasaran kerjaya pada masa kini, YEG Academy (M) Sdn. Bhd. (YEG) itu adalah dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training Centre (AMTC) dan Akademi Belajarlah.

Pengarah Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin berkata, E-hajj.my diwujudkan sebagai pusat setempat yang bukan sahaja untuk pelajar mengikutinya secara online, malah ia turut dibuka kepada orang ramai bagi Portal itu juga turut dibuka kepada orang ramai bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan haji dan umrah.

“Portal ini memudahkan pemain industri, iaitu agensi pengurusan jemaah yang bakal menunaikan umrah dan haji mendapatkan pekerja bertauliah dalam bidang berkaitan.

“Ini kerana senarai nama pelajar yang telah tamat mengikuti pengajian diploma ini sehingga lulus dan layak untuk menjadi mutawif dimasukan dalam portal E-hajj.my ini,” ujarnya dalam majlis pelancaran portal berkenaan di Malakat Mall, di sini, pada 31 Jan 2023.

Turut hadir ialah  Pengarah Pemasaran YEG, Azizulhakim Suhaimi; Pengerusi Bumitra Malaysia (Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia), Harun Kc Ahmmu; dan Presiden Kolej Antarabangsa Inovatif, Shahawati Umar.

Tidak ketinggalan hadir, Pensyarah Kanan Diploma Pengurusan Haji dan  Umrah, PU Amin; dan Pengerusi Kolej Antarabangsa Inovatif, Datuk Prof Emeritus Dr Hashim Yaacob.

Hasan (kanan), Azizulhakim (kiri), Shahwati (dua dari kiri) bersama Al-Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash.

Sehubungan itu, Hasan berkata, YEG kekal optimis dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi graduan dalam bidang pengurusan haji dan umrah dengan memindahkan pelajar Fakulti Pengajian Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) ke Cyberjaya.

“Usaha ini dilakukan berikutan pengajian berkenaan terus mendapat permintaan yang tinggi menyebabkan mereka perlu mencari ruang yang lebih luas dan selesa berbanding sebelum ini di Kelana Jaya,” katanya.

“Jumlah kemasukan pelajar terus meningkat dan dijangka tahun ini kita menerima kira-kira 1,000 pelajar baharu.

“Demi memberikan keselesaan dan fasiliti yang lebih baik dengan persekitaran yang lebih kondusif kepada pelajar, kami pindahkan fakulti ini ke Cyberjaya,” jelas beliau.

Pada majlis yang sama, turut berlangsung perasmian fakulti berkenaan dan perjanjian persefahaman (MoU) bersama beberapa agensi pelancongan umrah dan haji tempatan termasuk Andalusia Travel & Tours,  Simply Umrah Travel Services Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd, Az Zuha Group Travel & Tours Sdn. Bhd. dan banyak lagi, bermatlamat memastikan silibus DHUMY menepati piawaian di bawah program diploma yang dijalankan menerusi kempen YEG Pesta Sambung Belajar.

Portal E-hajj.my dibuka kepada orang ramai sebagai pusat setempat pusat perkembangan kerjaya dalam bidang haji dan umrah.

Dalam pada itu, YEG mengumumkan pelantikan dua orang pensyarah baharu menambahbaikan struktur pendidikan dan kokurikulum graduan diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Tuan Haji Badrul Sani dan Al-Habib Syeikh Dr Omar Muhammad Kalash As-Syafie Al-Husainiy.

Ketua Pegawai Operasi (COO) YEG Academy, Fikri Hasbi berkata, Badrul Sani dilantik sebagai pensyarah kanan bidang komunikasi mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut  dan telah  diperakui kelulusan dalam Neuro Linguistik Program (NLP).  

“Pensyarah yang bertanggungjawab dalam urusan pengajaran tentang ilmu akidah dan sahsiah di YEG Academy pula diserahkan kepada Al-Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash As-Syafie Al-Husainiy,” ujarnya.

“Beliau berkelulusan PhD dalam pengajian Fiqh dan Usul Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), serta mendapat kelulusan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekuan (JAWI) untuk mengajar ilmu tentang pengajian Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/2/2023

- Advertisement -