Selangor negeri miskin bandar

- Advertisement -

DIANGGARKAN jumlah individu miskin di negeri ini dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya setengah juta orang termasuk isi rumah apabila sebanyak 157,000 keluarga asnaf diramal menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjelang 2030. – Utusan.

- Advertisement -

Miskin bandar hakikatnya lebih bergelut demi meneruskan kelangsungan hidup kerana hidup di kawasan dengan purata pendapatan yang sama namun menanggung kos sara hidup dan persaingan yang lebih besar di bandar.

Namun, tidak cukup dengan menilai kemiskinan bandar ini meliputi soal pendapatan keluarga sahaja malah ia merupakan suatu keadaan yang bersifat multidimensional.

Dalam satu kajian, Surwayati (2005) mentakrifkan kemiskinan multidimensional sebagai suatu keadaan kemiskinan yang meliputi beberapa aspek kehidupan yang lain seperti; kemiskinan harta, ketidakberdayaan (kuasa), kesukaran menghadapi situasi darurat, kebergantungan dan pengasingan.

Pembangunan yang rancak di Selangor sebagai pusat dan tumpuan ekonomi negara menunjukkan kepada pembangunan modenisasi yang baik dan seimbang.

Namun adakah pembangunan dan modenisasi yang rancak di Selangor ni disusuli dengan peluang pekerjaan yang banyak dan jika wujud peluang pekerjaan adakah gaji purata yang diperoleh seimbang dengan kos sara hidup di Selangor?

Adakah modenisasi yang wujud di Selangor membantu semua rakyat mendapat akses yang sama rata kepada pekerjaan, kediaman dan kehidupan yang baik?

Sayang sekali apabila Selangor yang sudah lama diperintah oleh parti yang mempunyai pakar formula ekonomi masih belum mampu memberi sesuatu kelainan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Selangor.<

ZURK AHMAD
Naib Yang Dipertua
PAS Kawasan Hulu Langat – HARAKAHDAILY 31/1/2023

- Advertisement -