Islamofobia tidak patut wujud di Malaysia

- Advertisement -

APABILA orang Islam sendiri yang takut akan perjuangan Islam, maka keluarlah tuduhan tidak berasas untuk mencetuskan kebimbangan yang tidak perlu dalam negara.

Tindakan menghantar memorandum atas dakwaan Presiden PAS mempunyai fahaman dan pemikiran melampau itulah bentuk kebimbangan yang sengaja dicipta terhadap imej Islam.

Menuduh Presiden PAS sebagai pelampau agama kerana menggunakan sentimen agama, perkauman dan kebencian. Cuba menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Menggunakan penipuan dan adu domba untuk meraih undi dalam PRU15.

Jika benar seperti yang didakwa apakah buktinya?

Adakah PH tidak berbohong kepada rakyat apabila bersama Umno untuk membentuk kerajaan?

Sentimen penyamun, sakau dan sebagainya bukankah sentimen kebencian terhadap Umno?

Menuduh rakyat yang mengundi PN sebagai menerima rasuah bukankah suatu kehinaan kaum kepada 54 peratus orang Melayu yang mengundi PN?

Kenapa tidak disiasat juga DAP yang mendakwa jika PAS menang, PAS akan mewujudkan Kerajaan Taliban yang dikaitkan dengan pengganas. 

Bukankah itu juga pemikiran ekstrem dan cuba menghancurkan kesejahteraan rakyat dengan ketakutan yang tidak berasas?

Hakikatnya golongan yang takut akan bayang-bayang sendiri ini sedang fobia dan trauma.

Walaupun sudah menjadi kerajaan mereka takut. Kerana pakatan mereka lemah. Prinsip digadai agar hubungan dimeterai. 

Jika mereka cuba memancing rakyat dengan menyemai benih Islamofobia kepada PAS, mereka sedang menggunakan umpan yang tidak akan dimakan.

YB DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena – HARAKAHDAILY 31/1/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!