Salji lebat di Jepun: 17 maut, 90 cedera

Seorang lelaki sedang timbunan salji yang menimbusi keretanya di Hokaido, Jepun pada 24 Dis 2022. (FOTO: CTV News)
- Advertisement -

TOKYO: Salji lebat yang melanda sebahagian besar Jepun telah menyebabkan 17 orang maut dan 90 yang lain cedera sejak 10 hari lalu, dengan beribu-ribu rumah penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik.

- Advertisement -

Sebahagian besar pantai barat negara serta Hokkaido telah menyaksikan salji lebat yang berterusan sejak 17 Disember lalu, lapor Japan Times.

Pegawai kerajaan negara itu dalam kenyataannya berkata bahawa beberapa kawasan telah menyaksikan salji turun hampir satu meter dalam tempoh 24 jam, termasuk bandar Oguni di Wilayah Yamagata.

Seorang wanita berjalan di antara timbunan besar salji di Uonuma, Jepun pada 20 Dis 2022. (FOTO: AP)

Agensi cuaca Jepun pylka telah memberi amaran kepada penduduk di kawasan yang terjejas supaya mengelak perjalanan jika boleh, selepas banyak kenderaan tersangkut di jalan-jalan raya dalam salji tebal.

Media Penyiar kebangsaan Jepun, NHK melaporkan antara mangsa yang maut termasuk seorang lelaki yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membersihkan salji, selain dan seorang wanita ditemui mati kerana disyaki keracunan karbon monoksida di dalam keretanya yang tersadai dalam timbunan salji.

Di Hokkaido, berpuluh-puluh ribu buah rumah telah terputus bekalan elektrik sejak beberapa hari lalu, kerana salji telah memutus talian elektrik, walaupun kebanyakan sambungan kini telah dipulihkan. – HARAKAHDAILY 27/12/2022

- Advertisement -