Lingard selar ‘janji palsu’ Man United

- Advertisement -

Pemain tengah Nottingham Forest, Jesse Lingard, mendakwa Manchester United memberikan `janji palsu’ berhubung masa bermain ketika tahun terakhirnya di kelab itu dan masih tidak memahami punca dia jarang berpeluang bermain.

- Advertisement -

Lingard yang menyertai United pada usia tujuh tahun, kembali ke Old Trafford tahun lalu selepas dipinjamkan di West Ham United, kelab yang dia berjaya menghidupkan semula kerjayanya dengan sembilan gol dan lima bantuan dalam separuh musim.

Pemain berusia 30 tahun itu bermain 232 kali untuk kelab zaman kanak-kanaknya, tetapi hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana musim lalu di bawah bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick sebelum dia menyertai Forest secara percuma awal tahun ini.

“Saya tidak tahu apa masalahnya, sama ada politik atau apa sahaja. Saya masih belum mendapat jawapan sehingga hari ini,” kata Lingard kepada The Telegraph menjelang kunjungan Forest ke United, hari ini.

“Saya tidak bertanya pun. Saya lebih suka seseorang yang menghormati saya memberitahu, ‘Inilah sebabnya awak tidak bermain’, tetapi saya tidak pernah mendapatnya.

“Ia adalah janji palsu. Saya berlatih keras dan bersedia untuk bermain… Apabila anda bekerja keras dalam latihan dan tidak bermain pada penghujungnya, ia sangat mengecewakan.”

“Ini adalah bab baharu hidup saya dan cabaran berbeza yang memang saya mahukan,” katanya.

“Ia akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan, tetapi kami mahu memenangi perlawanan. Anda tidak boleh terlalu terperangkap secara emosi. Ini adalah peluang untuk mengucapkan selamat tinggal kerana saya tidak pernah mendapatnya,” katanya.

Forest sedang bergelut di tempat ke-19, tetapi Lingard berharap mereka boleh bangkit pada separuh kedua musim ini. – REUTERS

- Advertisement -