Gelombang PRU15 bantu PN menangi DUN Tioman

Ceramah PN di Kuala Rompin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tindakan Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tidak menjejaskan calon PERIKATAN NASIONAL (PN).

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan sudah dijangka berlaku ekoran kedua-dua parti itu manjalinkan hubungan di peringkat kerajaan Pusat dan Pahang.

Katanya tindakan PH memberi laluan kepada calon BN di Dun Tioman sudah dijangka lebih awal.

“Kita lihat PH tidak ada potensi di Dun Tioman kerana lawan PN sebenar ialah BN. PH hanya sekadar nasi tambah dan mereka sudah menjangka menghadapi masalah sebab itu dia tarik diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Darulnaim hari ini.

Menurut laporan media PH mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN di Dun Tioman sebagai tanda kesepakatan.

Pemimpin PN membantu kempen calon PN di Pantai Hiburan, Rompin

Setiausaha Agung Amanah Dato’ Wira Dr Mohd Hatta Ramli dilapor berkata, bagi memenangkan calon BN Dato’ Seri Mohd Johari Hussain, PH akan bergerak dalam setiap kempen BN.

Namun calon PH Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika memberitahu media berkata, beliau tetap akan meneruskan perjuangan di Rompin.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan nama Mohd Fadzli masih ada di kertas undi memandangkan sekarang tiada istilah tarik diri.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, berdasar keputusan PRU15 dan gelombang yang berlaku potensi PN memenangi Dun Tioman. – HARAKAHDAILY 30/11/2022

- Advertisement -