Dominasi undi Melayu bentuk kumpulan besar politik baharu

- Advertisement -

PRU-15 dalam sejarah Malaysia menyaksikan 21.17 juta pengundi rakyat Malaysia paling ramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November 2022 lalu, berbanding jumlah pengundi seramai 14.94 juta lebih pada PRU14.

- Advertisement -

Peningkatan sebanyak 29.43 peratus iaitu kira-kira 6.23 juta jumlah rakyat yang telah keluar mengundi kali ini melibatkan pengundi baharu terdiri daripada komposisi anak muda 18 tahun dan 21 tahun ke atas setelah Parlimen meluluskan pendaftaran pengundi 18 tahun ke atas secara automatik.

Menurut data yang dibuat oleh Strata Analytica, setiap kumpulan gabungan politik dilihat menerima kesan peningkatan jumlah pengundi mereka iaitu sebanyak 3.6 peratus bagi Pakatan Harapan (PH), 1 peratus bagi Barisan Nasional (BN) manakala PERIKATAN NASIONAL (PN) menerima peningkatan tertinggi sebanyak 43.7 peratus, parti terbesar menerima peningkatan pengundi yang memilih mereka bagi PRU-15 kali ini.

Gabungan baharu ini sebelum itu diambil dari jumlah pengundi PAS atau Gagasan Sejahtera sebanyak 2 juta pengundi pada PRU14 dan kini PERIKATAN NASIONAL meningkat kepada 4.6 juta pengundi seterusnya menjadi antara kumpulan gabungan parti terbesar di negara ini yang terdiri daripada Parti PAS, BERSATU, Gerakan, SAPP dan STAR.

Keputusan ini juga melihat Parlimen-parlimen kawasan yang mempunyai jumlah lebih 70 peratus pengundi Melayu kini memilih gabungan PERIKATAN NASIONAL, menjadikan PN sebagai wakil utama suara kaum Melayu dan Bumiputera di Parlimen Malaysia kali ini.

Manakala Umno yang dilaporkan di media mempunyai lebih 3.4 juta ahli seluruh Malaysia hanya menerima 3.2 juta pemilih teras termasuk pengundi bukan-Melayu atau bukan ahli Umno bagi PRU kali ini. Tinjauan melihat ada di kalangan sejumlah besar ahli Umno yang tidak mengundi parti BN kali ini telah tetapi mengundi PN, terutama di Perlis, Pahang, Perak dan Selangor.

Hampir keseluruhan saluran anak muda dan pengundi awal mewakili kakitangan kerajaan dan perkhidmatan awam dimenangi solid oleh PERIKATAN NASIONAL, malah PN juga menerima undi yang baik di kalangan anak muda di kawasan-kawasan majoriti bukan-Melayu. 

Ahli Parlimen Melayu dalam PH dilihat terus kekal menang dengan mengharapkan pengundi bukan-Melayu dan Bumiputera untuk terus kekal memilih mereka pada PRU kali ini dengan harapan suara-suara dan tuntutan mereka juga dibawa ke Parlimen dengan 81 kerusi dimenangi mereka kali ini.

Manakala 73 kerusi yang dimenangi PN merupakan perubahan corak pengundian besar kali ini, menjadikan PERIKATAN NASIONAL perlu memainkan peranan mereka dengan teguh dan berprinsip bagi mewakili suara anak muda dan masyarakat Bumiputera Melayu serta kakitangan awam yang solid memilih wakil rakyat mereka ke Parlimen sesi kali ini.

Kekuatan gabungan PN bersama GPS, GRS dan sebahagian Ahli Parlimen BN dan bebas pada awalnya memberikan akuan sumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih tidak kesampaian, dan kini PN menjadi satu-satunya parti tunggal membuat blok pembangkang bagi memegang kepercayaan dan suara pengundi mereka.

SHEHDI HAZRIK SHAMSUDIN 
29 November 2022 – HARAKAHDAILY 29/11/2022

- Advertisement -