Wan Badariah dekati pemilih hingga tamat tempoh mengundi

- Advertisement -

ARAU: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad meneruskan gerak mendekati pengundi sehingga tamat tempoh pengundian.

- Advertisement -

Katanya, sepanjang lawatan mendekati pengundi di beberapa pusat pengundian didapati sudah ramai pemilih keluar mengundi.

Kata beliau ramai didapati keluar menunaikan tanggungjawab kepada negara sejak awal pagi.

“Kita tengok sekitar jam 10 pagi tadi sudah ramai pengundi yang keluar mengundi. Kita harap peratus keluar mengundi akan meningkat sehingga tamat waktu mengundi jam 6 petang.

“Cuaca pun kelihatan cerah, jadi saya harap seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Arau jam 11.30 pagi tadi.

Beliau antara dua calon wanita mewakili PERIKATAN NASIONAL yang bertanding kerusi DUN di Perlis. Seorang lagi calon Datin Marzita Mansor di DUN Sena.

Wan Badariah turut menyantuni pengundi di Sekolah Kebangsaan Dato’ Kayaman, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kong Aik.

Sebelum membuang undi beliau melawat tiga tempat mengundi di DUN Mata Ayer. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

- Advertisement -