Menjawab tuduhan MCA – calon PN P.036 K Terengganu

- Advertisement -

SAYA mengaku saya tidak pandai berbahasa Cina dan tak faham tulisan Cina. 

- Advertisement -

Tapi saya mempunyai ramai kawan-kawan rapat dari kaum Cina. Malah saya mempunyai seorang anak menantu dari kaum Cina.

Islam mengajar saya bahawa Tuhan menciptakan manusia dari pelbagai keturunan dan kaum untuk saling berkawan, kenali, hargai dan hormati kepelbagaian antara kita semua. Mesti respect dan appreciate.

Islam juga mengajar yang manusia yang paling dekat dengan Tuhan adalah yang paling bertakwa tak kiralah dari kaum, keturunan atau taraf hidup miskin, kaya tahap apapun. 

Orang bukan Islam tak faham ‘takwa’ itu apa. Mudah cakap, orang yang takwa itu adalah orang yang baik dan beriman. Masa saya kecik ada yang bagi mudah faham kepada orang Cina makna takwa itu macam ‘takut wa…‘. atau ‘ Wa takut Tuhan Allah marah kalau tak buat baik, Wa takut Tuhan Allah marah kalau Wa buat jahat, tipu orang, curi kacau orang’…

Menipu adalah perkara yang Allah marah. Tapi bila MCA menipu kepada kaum Cina dengan menuduh kononnya mereka yang buat kerja untuk dapatkan peruntukan baiki Pintu Gerbang di Kampung Cina saya merasa sangat terkilan dan marah.

Pertama kerana tuduh saya penipu sedangkan MCA yang menipu kaum Cina di Kuala Terengganu dalam soal ini.

Dewan Perhimpunan Tionghoa yang berjumpa saya untuk minta saya bantu. Bukan seorang yang datang jumpa. Ramai. Ada foto-fotonya.

Susulan dari itu saya yang hubungi Kementerian Pelancongan dan Seni Budaya MOTAC untuk dapatkan peruntukan RM120,000.00. Dah banyak saya bantu rakyat untuk dapatkan peruntukan Persekutuan. 

Saya tulis surat. Pegawai saya, Setiausaha Sulit Kanan SUSK , Pegawai Tadbir Diplomatik, En Aizat Hariz Md Soh yang follow up hampir tiap minggu kerana tiap minggu saya akan tanya kemajuan pelbagai permohonan termasuk yang ini. 

Alhamdulillah MOTAC luluskan permohonan yang saya hantar. Dalam surat MOTAC pun jelas merujuk surat saya.

Untuk baiki Masjid Sultan Ismail, Chendering, saya yang usahakan minta Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Perdana Menteri. RM1 juta diluluskan. Masjid itu dapat anugerah masjid terbaik untuk seluruh negeri Terengganu masa Sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

Bila kaum India melalui Dr Balachandran minta saya bantu untuk dapatkan peruntukan baiki bumbung Kuil Hindu kerana bocor. Saya yang usahakan melalui Kementerian Perpaduan. Lulus.

Bila kaum India ajak saya melawat kubur Hindu di Jalan Pusara, saya bertanya mengenai timbunan sampah, tilam buruk dalam kawasan kubur. Mereka kata orang buang sampah di situ. Saya tanya lebih lanjut mereka beritahu orang melayu yang buang. Saya rasa malu. Kerana itu saya usahakan peruntukan melalui YB Hj Hanafiah, Exco Perpaduan. Seluruh kubur Hindu kita buat pagar. Sekarang sudah bersih. Orang dah tak buang tilam dan perabot buruk di situ.

Dr Balachandran beritahu permohonan bekalan air pili di kubur Hindu di situ tidak pernah lulus sejak dari dulu semasa kerajaan Barisan Nasional. Dr Dayal pemimpin MIC pun hadir masa saya melawat. Saya usahakan. Sekarang sudah ada bekalan air bersih. Boleh siram pokok bunga kasi cantik dan indah. Bangunan boleh dibersihkan, boleh minum air bersih dan mandi untuk kegunaan pengunjung.

Saya orang Islam. Saya takut dipertanggungjawabkan di depan Allah S.W.T jika saya tidak menjadi pemimpin yang baik, adil dan prihatin.

DATUK AHMAD AMZAD HASHIM – HARAKAHDAILY 15/11/2022

- Advertisement -