Parit Buntar masih jauh ketinggalan

Ustaz Misbahul Munir (duduk, kanan) menyantuni pengundi di Kampung Parit Haji Rahman, hari ini.
- Advertisement -

PARIT BUNTAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) dijangka mencipta rekod di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Menurut calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Parit Buntar, Ustaz Misbahul Munir Masduki, PN ada peluang untuk merampas Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

“Calon-calon PERIKATAN NASIONAL tidak menjanjikan bulan dan bintang jika diberi kemenangan pada PRU15 Sabtu ini,” katanya ketika berucap di Karnival Jom Sihat di pekarangan Stesen Teksi Parit Buntar hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, lebih 60 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, namun anak-anak muda di Parit Buntar yang hendak bermain futsal terpaksa pergi ke Nibong Tebal.

“Tak malu ke orang Parit Buntar. Di sini tiada institusi pengajian tinggi, tiada cawangan UiTM, tiada kemudahan asas untuk penduduk khususnya anak-anak muda di Parit Buntar. Saya kesian..,” katanya.

Oleh itu beliau mengajak pengundi memberi kepercayaaan kepada PERIKATAN NASIONAL terutama pengundi anak-anak muda bagi membolehkan perubahan dilakukan.

Katanya hanya melalui mandat rakyat sahaja membolehkan segala masalah di Parit Buntar dapat disuara di parlimen, manakala Adun pula boleh membawa ke sidang Dewan Undangan Negeri. – HARAKAHDAILY 13/11/2022

- Advertisement -