Proses penamaan calon Kepala Batas rancak

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Penamaan calon P041 Parlimen Kepala Batas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) penuh kehangatan dengan perarakan penyokong memenuhi ruang sepanjang jalan menuju ke pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

- Advertisement -

Suasana bertambah rancak dengan pengaruh permulaan cuaca pagi yang cukup baik untuk menghangatkan penyokong masing-masing bersorak dengan bersemangat untuk calon mereka.

Terdahulu, Siti Mastura tiba di Masjid Bertam Indah pada 8.20 pagi untuk menemui para penyokong sebelum bertolak ke pusat penamaan calon.

Siti Mastura diiringi suami dan bertolak bersama rombongan penunggang ARC.

Calon daripada PAS bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL menampilkan tiga calon iaitu P041 Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, P044 Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohd Jan dan ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Steven Koh untuk P045 Bukit Mertajam.

Hadir bersama memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam daripada Bersatu, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, Pengarah Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali dan ramai lagi.

Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi PRU15 di seluruh negara setelah dibubarkan pada 10 Oktober lepas oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November untuk undi awal, dan hari pengundian pada 19 November. – HARAKAHDAILY 5/11/2022

- Advertisement -