AS tawarkan ganjaran RM24 juta maklumat tentang warga Singapura

Imej yang dikeluarkan oleh FBI ini menunjukkan poster warga Singapura yang dikehendaki, Kwek Kee Seng. (FOTO: FBI melalui AP)
- Advertisement -

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menawarkan ganjaran sehingga AS$5 juta (RM24 juta) untuk maklumat mengenai seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di Singapura yang telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman kerana membantu dalam penghantaran bahan api ke Korea Utara.

- Advertisement -

Lelaki dikenali sebagai Kwek Kee Seng, yang memiliki syarikat perkapalan Swanseas Port Services di Singapura, didakwa tahun lepas kerana mengatur penghantaran bahan api berkenaan yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor AP.

Pendakwa menuduh Kwek menggunakan dokumentasi palsu untuk menyembunyikan tindakannya itu sehingga membolehkan syarikatnya membolehkan program proliferasi nuklear Korea Utara.

“Terdahulu, kerajaan AS merampas sebuah kapal tangki, M/T Courageous yang digunakan untuk penghantaran bahan api, seberat 2,734 tan. 

“Satu rakaman pada imej satelit menunjukkan kapal itu memindahkan minyak bernilai lebih AS$1.5 juta ke kapal dengan bendera Korea Utara,” kata pendakwa raya.

Kwek, 62, sehingga hari ini masih bebas walaupun waran telah dikeluarkan untuk penahanannya.

Kenyataan daripada Program Ganjaran untuk Keadilan Jabatan Negara AS berkata, lokasi sebenar Kwej tidak diketahui, namun lelaki itu pernah dikesan berada di Korea Utara, Kemboja, Taiwan dan Thailand serta Cameroon dan negara kecil Caribbean iaitu Saint Kitts dan Nevis.

Sehubungan itu, Jabatan Negara AS pada Khamis (3 Nov) mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa  ia menawarkan sehingga AS$5 juta melalui program Ganjaran untuk Keadilan untuk maklimay mengenai Kwek. 

Pengumuman tersebut dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan Korea Utara, yang pada Khamis melepaskan sekurang-kurangnya enam peluru berpandu ke laut, termasuk peluru berpandu balistik antara benua yang mencetuskan amaran pemindahan dan menghentikan kereta api di utara Jepun.

Pentadbiran Biden berkata sebagai tindak balas kepada pelancaran itu bahawa ia bersedia untuk mengambil ‘semua langkah yang perlu’ bagi memastikan keselamatan AS  serta Korea Selatan dan Jepun.

Sebelum ini, AS memberi amaran tentang ‘kos dan akibat tambahan’ yang tidak ditentukan jika Korea Utara melancarkan  peranti ujian nuklear yang buat kali pertama dilakukannya sejak September 2017. – HARAKAHDAILY 4/11/2022

- Advertisement -