PN Kedah umum calon PRU15 malam esok

- Advertisement -

Oleh: SARINA ISMAIL 

- Advertisement -

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) Kedah akan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, pada malam esok. 

Setiausaha PN Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad dalam kenyataannya berkata, majlis tersebut akan diadakan pada 2 November 2022 (Rabu) bertempat di Kompleks PAS Kedah kira-kira jam 9 malam. 

“Antara pemidato yang akan menyampaikan ucapan pada malam tu termasuklah Tuan Guru Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PN Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,” jelas beliau. 

Justeru, orang ramai terutama penyokong dan pendukung PN di seluruh Kedah dijemput hadir ke majlis tersebut. 

Pada PRU14, PAS memenangi tiga parlimen (Sik, Jerai dan Pendang), manakala dua Barisan Nasional (BN) dan 10 Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, pada Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah, 28 Oktober lalu, gabungan itu komited mempastikan 15 kerusi parlimen yang dipertandingkan dimenangi PN. 

Sementara kerusi parlimen yang dimenangi BN (Baling dan Padang Terap) pada PRU lalu majoritinya terlalu tipis berbanding undi PAS. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

- Advertisement -