Ketua pembangkang DUN Kedah: Johari ganti Phahrolrazi

- Advertisement -

Oleh: SARINA ISMAIL 

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dato’ Johari Abdul (PKR- Gurun) diumum sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah menggantikan Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi (Amanah-Alor Mengkudu). 

Pengumuman itu dibuat oleh Speaker DUN, Dato’ Juhari Bulat sebaik sahaja Sidang Bajet Kedah 2023 hari ke tiga bermula, hari ini. 

Keputusan itu dipersetujui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) setelah satu mesyuarat berkenaannya diadakan ketika sidang berhenti rehat, tengah hari semalam. 

“Walau bagaimanapun, kedudukan tempat (kerusi)bekas Ketua Pembangkang (Adun Alor Mengkudu) sama ada bertukar tempat ke sebelah kanan (kerajaan) atau kiri (pembangkang) akan diketahui selepas sidang berehat nanti,” ujar beliau. 

Phahrolrazi hilang jawatan sebagai Ketua Pembangkang berikutan dipecat sebagai Pengerusi Amanah Kedah (Amanah) pada 30 Oktober lalu kerana didakwa melanggar perlembagaan parti. 

Adun Alor Mengkudu sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah pada 2020 atas sokongan kesemua Adun PH Kedah. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

- Advertisement -