Cerdik ahli Jabatan Amal berbanding Ketua Pemuda Umno

- Advertisement -

SEMALAM, ribut di Kg Undang, DUN Bukit Payong. Kuat sungguh, mini puting beliung kut? Banyak rumah rosak dan alhamdulillah, tiada apa-apa yang terjadi kepada penduduk. Air hujan masuk ke dalam rumah melalui atap kerana atap tercabut. Air yang laju juga menyekat longkang dengan membawa sampah, lalu terjadilah banjir kilat. Pun begitu, rakyat bersyukur atas ujian yang melanda.

- Advertisement -

Paling cekap, Jabatan Amal Malaysia (JAM), produk keluaran PAS berbaju maroon yang sudah mencuri hati rakyat Malaysia kerana budi dan jasa mereka, dianggotai oleh anak-anak muda yang cergas, sudah terpacak bertugas membantu rakyat, sebaik sahaja ribut reda. Ya sungguh cepat, sebab semalam ialah hari bekerja, sehingga ada yang sanggup menangguh dahulu kerja mereka untuk membantu rakyat. Ahli JAM bukannya penganggur. Atap rumah juga sampai petang semalam dengan bantuan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).

Mereka akan terus membantu rakyat dalam kesusahan kerana mereka sememangnya dilatih, dihasilkan untuk membantu makhluk Allah di bumi ini, oleh PAS. Mereka tidak kisah sama ada diberi upah atau tidak. Yang utama, mereka tahu, balasan dunia hanya sementara, manakala balasan dari Allah atas bantuan mereka itu, di akhirat nanti adalah kekal selama-lamanya. Sebab itu mereka tetap membantu sesiapa sahaja.

Jika banjir terjadi sewaktu PRU, mereka tetap akan menolong dan tetap turun mengundi. Mereka bijak, sebab mereka tahu, undi adalah wajib diberikan kepada jemaah Islam yang tiada rasuah, penyelewengan dan taat kepada Allah. Pimpinan Jabatan Amal sangat cerdik kerana mereka mahu mengaut keuntungan dunia akhirat dengan melaksanakan kedua-dua tanggungjawab penting itu.

Satu lagi pasukan sukarelawan, Skuad Sabil yang duduk di bawah Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak kelihatan. Entah siapa yang salah, ku tak tahu. Tapi semenjak pembentukan skuad mereka, adalah juga sekali dua ternampak kelibat mereka. Baju kelabu mereka memang melambangkan masa depan mereka yang kelabu kerana hanya mereka yang bekerja, bos mereka goyang kaki berbanding Jabatan Amal, komander mereka juga turun sama bersingsing lengan membantu tugasan. Tidak tahu Skuad Sabil itu diupah atau tidak.

Begitulah yang kita boleh lihat. Kemudian selepas semuanya selesai disempurnakan JAM, mereka datang berbondong-bondong dengan pimpinan Umno, mengalih kerusi meja, sekadar berlakon menunjukkan mereka juga bekerja. Ataupun mereka akan mengutuk bantuan-bantuan yang diberikan JAM dengan menggunakan akaun palsu di media sosial. Paling biasa ialah tuduhan pengagihan bantuan tidak adil, hanya kepada kroni. Inilah rantaian fitnah yang biasa terkena ke atas PAS.

Kita sebenarnya boleh melihat bagaimana cerdiknya sesebuah jemaah itu dengan melihat ketua dan ahlinya. Ahli yang menunjukkan sikap yang baik, memberikan tanda, pimpinannya baik. Manakala ahli yang mempunyai sifat yang buruk, menandakan pimpinan mereka juga adalah buruk. Tiada rasuah di dalam sesuatu organisasi itu menunjukkan pimpinan berjaya mengawal ahlinya daripada melakukan rasuah. Dan jika pertubuhan itu mempunyai rekod rasuah dari atas sampai ke bawah, kita pastinya boleh mengagak kenapa ia berlaku. Ikan yang buruk, bermula dari kepala.

Jadi kepada adik-adik, lihatlah JAM dari PAS. Mereka telah membuktikan bahawa ketua mereka berjaya mengawal mereka menjadi insan berguna di kalangan masyarakat, walaupun dihina oleh sesetengah manusia. Mereka cerdik, jauh lebih cerdik dari Ketua Pemuda Umno yang menganjing PAS kerana turut berkempen sekarang sedangkan PAS membantah PRU dalam musim tengkujuh, bimbang kerana banjir.

Dan kebodohan Ketua Pemuda Umno yang tiada kawasan Parlimen itu, dizahirkan lagi oleh Ketua Pemuda PAS, YB Ustaz Fadhli Shaari dengan tenang menjawab, gelanggang sudah dibuka, pastinya PAS akan berlawan. Hai nak menang free ke Asyraf? Begitu sekali ketakutan Ketua Pemuda Umno. Yalah, PRU-15 adalah kali ketiga (jika dipilih) untuk dia membuktikan kejantanannya untuk menang sendiri kerusi, bukan dengan lantikan Senator. Orang tak pernah menang, memang tertekan. Kalau kalah lagi, takut dia kena turun pangkat jadi Ketua Pemudi pula, skuad baru dalam Umno.

MOHD NASIR ABDULLAH
1 November 2022 – HARAKAHDAILY 1/11/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -