Bersih dan Stabil: Bukan sekadar slogan

- Advertisement -

JUJURNYA, saya merasa kecewa apabila pemimpin parti politik semuda Syed Saddiq sudah terpalit dengan kes mahkamah membabitkan pecah amanah, salah guna harta parti dan pengubahan wang haram. 

- Advertisement -

Apa sudah jadi pada ‘promising young leader’ yang diuar-uarkan oleh Pakatan Harapan? 

Bukan pemimpin biasa-biasa, sebaliknya Presiden salah sebuah parti yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Jelas, kes ini memberikan signal yang sangat kuat kepada pengundi muda di luar sana yang sangat mementingkan integriti pemimpin.

Sebelum ini, PH sibuk melaungkan slogan-slogan untuk memerangi kleptokrasi, tapi tanpa segan silu bertindak menggugurkan kes rasuah pimpinan PH. 

Selepas melalui mimpi ngeri 22 bulan, ramai yang sudah hilang percaya dengan slogan-slogan yang berbunyi integriti. Rakyat kini mahukan bukti.

PERIKATAN NASIONAL adalah satu-satunya komponen parti membawa nafas baharu dalam arena politik dengan membawa slogan ‘Bersih dan Stabil’

Ia juga menjadi penanda aras PERIKATAN NASIONAL untuk menampilkan calon-calon yang akan membarisi arena politik negara pada PRU ke-15.

Konsep ‘bersih’ yang ditonjolkan barisan calon pimpinan PERIKATAN NASIONAL adalah bersih daripada terpalit isu rasuah, ketirisan dan berintegriti dalam menguruskan harta awam.

Prinsip ‘stabil’ yang dibawa oleh PERIKATAN NASIONAL pula adalah bebas dari ancaman ideologi liberal, komunisme dan sekularisme. 

Acuan politik yang ingin dibawa mestilah berprinsip negara berkebajikan dan membawa kestabilan tidak kira dari sudut politik, sosial, perundangan dan ekonomi. 

Jika pemimpin juga sama-sama tidak telus menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, mengamalkan rasuah dan tiada integriti, ia tidak akan mengubah landskap politik dalam negara. 

Janganlah kita menyambung kisah hitam 60 tahun BN ataupun 22 bulan PH, undilah PN untuk masa depan kepimpinan yang bersih dan stabil untuk rakyat Malaysia.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -