Kenapa paip di Balok selalu pecah?

- Advertisement -

SELAIN insiden yang disebabkan oleh kerja-kerja sivil tertentu, punca utamanya adalah infrastruktur paip yang sudah lama, tidak cukup kuat dan tidak lagi mampu menampung kapasiti bekalan yang tinggi. 

Punca yang sama juga menyebabkan ada kawasan yang mengalami tekanan rendah terutdama di kawasan tinggi. 

Cara mengatasinya? Tiada jalan singkat. Perlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Paip-paip ini perlu diganti atau dibuat jajaran baharu. 

Saya dimaklumkan, paip-paip lama sedia ada berisiko pecah jika tekanannya dinaikkan. 

Banyak tempat khususnya di tempat kita ini, saiz dan jenis paip yang digunakan sudah tidak efisien untuk menampung keperluan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa. 

Isu bekalan air sentiasa menjadi perhatian pihak saya. Bukan di Balok atau Beserah sahaja, juga di tempat-tempat lain. 

Ini termasuk mengusahakan bekalan kepada penduduk yang belum menikmati bekalan air bersih. 

Kg Tebing Tinggi


https://fikrahpahang.com.my/tolonglah-sudah-terlalu-lama-kami-tunggu-air-paip/ 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=314262340706439&id=100063680255326 

Kg Sg Ular 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=449133717219300&id=100063680255326 

Kg Chendor


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=328284405970899&id=100063680255326 

Ada dua kawasan yang menjadi perhatian pihak saya pada masa ini. Taman Balok Jaya dan Taman Balok Jaya 2. 

Pihak saya sentiasa berhubung dan berbincang dengan pihak PAIP khususnya di peringkat daerah. 

Dan pihak saya memahami kekangan di pihak mereka yang mungkin memerlukan masa dan sumber untuk menangani semua perkara yang telah diangkat. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=383076320491707&id=100063680255326 

Sebagai contoh, masalah tekanan rendah di perumahan Batu Hitam sudah diangkat dan dibincang sejak tahun 2019 lagi. 

https://www.sinarharian.com.my/article/55262/EDISI/Pahang/PAIP-setuju-bina-tangki-baharu-selesai-masalah-penduduk 

Perbincangan susulan pula dibuat pada tahun lalu melibatkan pihak PAIP, pejabat penghulu KRT dan JPKK. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=264350012364339&id=100063680255326  

Alhamdulillah, masalah tersebut sudah ditangani baru-baru ini. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=499434215522583&id=100063680255326 

2-3 hari ini berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Balok seperti Balok Pantai, Balok Maju dan Balok Sejahtera. 

Sebagaimana sebaran daripada pihak PAIP, ia berpunca daripada kejadian paip pecah di 2 lokasi iaitu di jalan ke Pasar Ikan Balok dan satu lagi berhampiran Masjid Qariah Balok. 

Kes yang pertama berpunca daripada kerja-kerja penanaman tiang TNB dan telah dapat diselenggara dalam tempoh yang dijangkakan. 

Manakala kes kedua, penyelenggaraannya mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan dan baru disiapkan malam tadi. 

Pihak saya sentiasa mengambil tanggungjawab untuk melihat dan menangani masalah-masalah yang dihadapi penduduk. 

Sama ada berkaitan bekalan air, infrastruktur jalan, saliran dan lain-lain. 

Dan kami berusaha untuk menjadi pemudahcara atau penghubung antara masyarakat dengan agensi-agensi terlibat. 

Kami juga sedia menerima kritikan mahupun kecaman baik di depan mahupun di belakang dalam menjalankan khidmat dan tanggungjawab. 

Dalam apa juga perkara, kita semua hanya mampu berusaha, natijahnya ditentukan oleh kudrah dan iradah Allah. 

Jika ada hasil atau kebaikan, ia ditentukan oleh Allah, dan kita hanya menjadi asbab sahaja. 

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, insya-Allah.

ANDANSURA RABU
ADUN Beserah– HARAKAHDAILY 29/9/2022

- Advertisement -
- Advertisement -