China hadiahkan Suhail dan Soraya buat Qatar

- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

- Advertisement -

DOHA: China akan menghadiahkan kepada Qatar dua ekor panda gergasi sempena penganjuran Piala Dunia di negara Teluk itu. 

Zhou Jian, Duta China ke Doha, berkata  dua ekor panda yang masing-masing dinamakan sebagai Suhail dan Soraya itu akan tiba di Qatar menjelang bulan Oktober ini, sejurus berlangsung kejohanan bola sepak yang membabitkan 32 negara dari seluruh dunia yang bermula pada 20 November kelak, lapor South China Morning Post

Negara yang mempunyai  paling ramai penduduk di bumi itu  tidak layak ke Piala Dunia tetapi syarikat-syarikat China terlibat dalam pembinaan beberapa projek mega di sekitar acara itu.

“Ini adalah hadiah yang disampaikan oleh 1.4 bilion rakyat China untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, dan pastinya akan menjadi simbol baharu persahabatan China-Qatar,” kata Jian dalam satu majlis resepsi pada Khamis (29 Sept).

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan Suhail ialah nama salah satu bintang paling terang yang boleh dilihat di rantau Teluk, manakala Soraya ialah nama Arab untuk gugusan bintang Pleiades.

Menurut laporan itu lagi, selepas Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang merupakan salah seorang daripada beberapa pemimpin dunia yang menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk yang penuh kontroversi di China, dan Presiden, Xi Jinping berkata, beliau bersedia untuk melancarkan kerjasama panda dengan Timur Tengah.

China semakin terasing daripada kuasa Barat berhubung isu seperti sokongannya terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Akibatnya, “China masih cuba memanfaatkan Piala Dunia dan betapa lebih baik untuk melakukannya daripada dengan sedikit diplomasi panda,” kata Patrick Fok dari Al Jazeera, melaporkan dari Beijing. – HARAKAHDAILY 29/9/2022

- Advertisement -