AS umumkan bantuan tambahan AS$10 juta untuk Pakistan

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken. (FOTO: Anadolu Agency)
- Advertisement -

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$10 juta (RM41 juta) bantuan keselamatan dalam bentuk makanan untuk Pakistan yang dilanda bencana banjir.

- Advertisement -

Setiausaha Negara AS,  Antony Blinken pada Isnin (26 Sept) waktu tempatan, pada acara bersama Menteri Luar Pakistan,  Bilawal Bhutto Zardari, Blinken berkata, satu pertiga daripada negara itu kekal berada di bawah air selepas bencana berkenaan yang menjejaskan 33 juta mangsa, lapor Anadolu Agency.

“Seluruh hasil tuaian petani telah ditenggelami air, rumah penduduk telah dihanyutkan, dan sekolah telah dimusnahkan.

“Ia memberikan  kesan serta-merta. Tetapi melainkan kita dapat bersama-sama menangani cabaran itu, ia akan memberi kesan jangka panjang ,” kata Blinken.

Jumlah baharu itu adalah tambahan kepada AS$56 juta bantuan kemanusiaan yang diberikan  kepada Pakistan sejurus selepas banjir.

Blinken berkata AS menghantar hampir 17 pesawat yang penuh dengan bekalan makanan dan bahan binaan untuk membina tempat perlindungan, khemah dan terpal (takungan besar untuk mengumpul air bersih).

“Kami berada di sini untuk Pakistan, sama seperti semasa bencana alam yang lalu,” tambahnya.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan, hampir 1,600 orang telah terbunuh akibat insiden berkaitan banjir di seluruh negara.

Kira-kira 803,400 rumah telah musnah sepenuhnya, manakala lebih 1.21 juta rumah rosak sebahagiannya.

Banjir telah menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal, yang kini tinggal di dalam khemah. – HARAKAHDAILY 27/9/2022

- Advertisement -