Kenyataan Ketua Menteri gerunkan lawan – PAS Sabah

- Advertisement -

Oleh SUZIANA GHANI

KOTA KINABALU: PAS Sabah menganggap kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Nor yang mengatakan Gabungan Rakyat Sabab (GRS) akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu tindakan bijak.

Setiausahanya, Dr Aliakbar Gulasan berpandangan kenyataan itu pasti menggerunkan pihak lawan kerana gabungan parti-parti politik dalam GRS dan BN semakin kuat dan kukuh.

“Di samping itu, dalam politik sangat perlu mengenali siapa lawan kita yang sebenar,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, pertembungan sesama sendiri pasti akan memberi keuntungan mudah kepada parti lawan.

“Sebab itulah PAS meletakkan lawan (musuh) utama adalah PH (Pakatan Harapan),” tegasnya yang juga ADUN Dilantik.

Katanya, pemerintahan PH selama 22 bulan menunjukkan pelbagai kegagalan dan seolah-olah tidak bijak menguruskan negara.

Beliau menegaskan, PAS terus konsisten dengan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan demi memperjuangan kebajikan rakyat dan kestabilan negara.

Ahad lalu, semasa berucap pada Program Jelajah GRS Batu Sapi di Sandakan, Hajiji dilaporkan berkata, GRS akan memberi sokongan penuh kepada calon BN pada PRU15.

Katanya, GRS dan BN sudah berjanji untuk bekerjasama membangunkan Sabah dan membawa kemajuan kepada rakyat.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu. Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kerjasama antara GRS dan BN perlu diperkukuhkan kerana rakyat negeri ini mahukan sebuah kerajaan yang stabil dalam membela nasib mereka.– HARAKAHDAILY 27/9/2022

- Advertisement -