Alhamdulillah, perbincangan untuk perkukuh PN hadapi PRU15

Foto daripada Facebook Muhyiddin Yassin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna,” tulis Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Facebooknya, pagi ini.

Menurutnya, banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-15.

- Advertisement -

Menerusi foto yang disertakan, Presiden dan Naib Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir pada pertemuan itu.

Selain Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, turut hadir ialah timbalannya dan naib, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. – HARAKAHDAILY 27/9/2022

- Advertisement -