Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TV Alhijrah

- Advertisement -

JABATAN Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TV Alhijrah berkuatkuasa 1 Julai 2022.

Latar belakang serta kepakaran beliau sebagai Profesor di Fakulti Pendidikan UKM selain pernah bertugas sebagai Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menjadi kekuatan untuk memacu TV Alhijrah selaku sebuah stesen TV Penyiaran Islam yang memberi fokus kepada pembinaan modal insan.

Selain pelantikan Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, berkuatkuasa 1 Julai 2022, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan juga pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah TV Alhijrah yang terdiri daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah, penyiaran dan pengurusan seperti berikut:

i. YBhg. Dato’ Mohamad bin S. Ahmad
Usahawan

ii. Puan Hasliana binti Kamarudin
Kementerian Kewangan Malaysia

iii. Ustaz Dr. Haji Mohd Zamri bin Mohd Zainuldin
Pendakwah

iv. Ustazah Asmak binti Husin
Mantan Ahli Dewan Negara/ Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama’ Malaysia

v. Tuan Haji Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
Aktivis Masyarakat

vi. Encik Ahmad Fuad bin Mat Ali
Ketua Pegawai Operasi, KUISCELL Sdn. Bhd/ Mantan Pengurus Saluran Astro Oasis

vii. Tuan Haji Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud
Pegawai Hal Ehwal Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

viii. YBhg. Dato’ Sri Jailani bin Johari
Mantan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

ix. Encik Namanzee bin Harris
Ketua Pegawai Eksekutif
Alhijrah Media Corporation

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin dengan gabungan kewibawaan serta kepakaran seluruh Ahli Lembaga Pengarah sesi baharu ini dapat memacu kecemerlangan TV Alhijrah sesuai dengan visi dan misi penubuhan TV Alhijrah.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah TV Alhijrah yang baharu dilantik.

Selamat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah. Semoga Allah S.W.T sentiasa mengurniakan pedoman dalam setiap tindakan yang dilaksanakan.

Sekian.

YB SENATOR DATO’ USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
8 Ogos 2022 / 10 Muharram 1444H – HARAKAHDAILY 8/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -