MB Terengganu yang hilang

- Advertisement -

MENTERI Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam) jelas seorang yang berhati tisu. Bila sahaja ada tuduhan yang mendakwa adanya penyelewengan dalam pentadbirannya, terus sahaja beliau membuat laporan polis. Beliau hilang sabar dengan fitnah. Walaupun bukti menerusi aplikasi WhatApps, kenalah selidik.

Tidak seperti mantan MB Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang cukup bersabar dengan fitnah yang dilemparkan kepada beliau. Ada yang tuduh beliau jual tanah Terengganu kepada Vincent Tan, beliau sabar. Paling-paling pun, beliau ugut sahaja nak buat laporan polis selepas Syawal. Sampai sekarang tak buat-buat laporan polis. Dah nak masuk Muharram.

Dr Sam hilang sifat penyabar sekali lagi kerana kalut mahu membayar hutang negeri. Relakslah, enjoy dulu. Nanti kalau kalah, bukan PAS yang kena bayar, kerajaan barulah yang kena. Differed payment juga sepatutnya dilambat-lambatkan sedikit. Bak kata orang tua-tua, biar lambat asal selamat. Kawtimlahelok-elok dengan kontraktor. Kalau perlu bayar, bayar jer.

Jauh benar dengan sikap MB DS Ahmad Said sebelum ini. Hutang tidak perlu bayar segera atau banyak-banyak sebab Kerajaan Pusatkan sama parti. Jadi, buat apa nak bayar cepat-cepat. Kalau mati, mesti parti akan halalkan semua hutang-hutang itu. Takkanlah sesama sendiri nak berkira juga. Kan?Dr Sam selalu saja hilang dari Terengganu kata orang ramai. Entah mana perginya. Kalau nak banding dengan MB dahulu, jauhlah. Selalu ada dalam negeri. Cuma hilang

Dr Sam itu, setiap kali balik, dia bawa duit royalti, hutang dibayar, dapat projek pusat. Berbeza dengan dahulu, duduk 24 jam dalam Terengganupun, hutang makin bertambah, minta royalti, diberi Wang Ehsan, padahal dia yang minta PETRONAS hentikan bayaran kepada Kerajaan Terengganu.

MB Terengganu sekarang juga hilang kewarasan dalam berpolitik. Ada ke patut, daripada 20 janji manifesto, dia tapau semua 19, tinggal satu jer lagi yang menunggu masa untuk dibuat. Tak ada kesabaran nak tunggu 10-20 tahun lagi untuk buat. Nanti bila rakyat dah dapat semua manifesto itu, rakyat dah tak mahu undi PAS lagi. Manifestokan bukan kitab suci.

Jauh perangainya dengan MB yang dulu. Kenalah ada ugut-ugut sikit kepada rakyat. Tak perlulah buat semua manifesto, asal rakyat dapat duit one off selalu. Ini baru dipanggil taktik yang berkesan mengikat pengundi. Janji tinggal janji. Terutama dalam hal tanah. Pecah lot dulu, kemudian dekat mengundi, umum nak bagi lot tanah. Siapa yang nak tanah, ikutlah syarat yang beliau tetapkan.

MB Terengganu juga hilang ketajaman serangan. Daripada mula memegang jawatan, satu fitnahpun beliau tidak buat untuk menyerang lawan. Tak berkesanlah berpolitik cara begini. Nak jatuhkan musuh, mesti kena ada ramuan fitnah. Sebarkan, biar orang percaya, barulah berhasil untuk kekalkan jawatan.

Tak sama macam lawan MB. Mereka sebut jer apa nak sebut. Macam Allah itu tak dengar, tak tengok. Macam inilah baru berani. Dengan manusia dia tak heran, dengan Allahpun dia tak layan. Apa nak takut dengan dosa, sebelum mati, bertaubatlah. MB Terengganu tak seberani mereka. MB Terengganu hilang keberanian.

Memang MB Terengganu hilang sokmo. Cukuplah itu, tak payah jadi MBlah, bagi jer kat MB lama jadi MB. Baru sesuai dengan politik sekarang. Bimbang aku, takut PAS kalah sebab MB sekarang.

MOHD NASIR ABDULLAH
27 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 27/7/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -