Bayar dulu jika mahu Lewandowski: Itu maklumat kucing

Penyerang Bayern Munich dari Poland, Robert Lewandowski.
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Barcelona menolak khabar angin bahawa Bayern Munich, mencurigai keadaan kewangan kelab itu dan mahukan bayaran perpindahan terlebih dahulu sebelum membenarkan Robert Lewandowski ke kelab Sepanyol itu.

“Saya tidak percaya. Itu adalah maklumat daripada kucing dan gurauan semata-mata. Bukan datang dari Bayern.

- Advertisement -

“Kami membuat tawaran dan mereka kini mesti mempertimbangkannya,” kata Presiden Barca, Joan Laporta.

BBC Football melaporkan bahawa Barcelona secara rasmi membuat tawaran kepada Bayern untuk membeli penyerang berbisa Poland, Lewandowski, 33.

Laporta berkata, beliau mengharapkan “tindak balas positif” daripada juara Jerman itu.

Lewandowski, bermain untuk Bayern sejak 2014, tetapi Mei lalu, dilaporkan berkata “ceritanya sudah berakhir” di kelab itu.

“Kami telah membuat tawaran untuk pemain itu, kami menunggu maklum balas. Kami akan lihat sama ada ia positif,” kata Laporta.

Lewandowski mempunyai baki satu tahun dalam kontraknya bersama Bayern.

Bagaimanapun, Laporta tidak membincangkan secara terperinci mengenai tawaran Barca, tetapi kelab itu dilaporkan menawarkan £33.8 juta (RM180 juta) serta bonus £4.2 juta (RM22.4 juta) untuk pemain itu.

Lewandowski menjaringkan 238 gol dalam 252 penampilan selama lapan tahun bersama Bayern, memenangi lapan gelaran Bundesliga dan Liga Juara-Juara. – HARAKAHDAILY 8/7/22

- Advertisement -