B-19 AFF 2022: Malaysia dan Singapura sama handal

Aksi pemain B-19 Malaysia menentang Singapura di Jakarta.
- Advertisement -

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

Malaysia terikat 0-0 dengan Singapura dalam perlawanan kedua Kumpulan B Kejuaraan Bawah 19 Tahun AFF di Jakarta, petang semalam.

Harimau Muda membuat penampilan pertama dengan menewaskan Kemboja 2-1 dalam perlawanan pembukaan Selasa lalu.

- Advertisement -

Pasukan bimbingan Hassan Sazali Waras, kini berada di kedudukan kedua selepas mengumpul empat mata dan masih dalam saingan untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B malam tadi, Laos menewaskan Kemboja 2-1 untuk terus kekal sebagai pendahulu kumpulan.

Malaysia akan menentang Timor Leste yang sebelum ini menewaskan Singapura 1-0, manakala pasukan seberang tambak itu berdepan Laos.

Sementara itu, Hassan berkata, ia masih keputusan yang baik kerana berjaya kekal tanpa kalah di peringkat kumpulan.

“Singapura kelihatan lebih tersusun dan tidak memberi banyak ruang kepada pemain negara. Kami akan cuba memenangi perlawanan seterusnya.

“Kami akan bermain pada sebelah malam (menentang Timor Leste), berbanding dua perlawanan pertama kami. Saya yakin pemain boleh memberikan persembahan yang lebih baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/7/22

- Advertisement -