PAS junjung titah Sultan Selangor ke arah perpaduan

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menjunjung tinggi titah nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menghentikan segera gejala perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu di negara ini, kini.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS juga akur sebagaimana dititahkan Baginda bahawa Agama Islam sentiasa menggalakkan manusia bersatu padu dan tidak berpecah belah selaras dengan perintah yang terkandung dalam Kitab Suci Al-Qur’an.

Sehubungan itu katanya, PAS akan terus komited untuk mengusahakan Agenda Penyatuan Ummah dalam kalangan Umat Melayu Islam di negara ini, serta sekali gus mengukuhkan perpaduan nasional di antara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“PAS juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pimpinan dan ahlinya yang bertindak membelakangkan aspek perpaduan dan mendorong berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -