Tewas pilihan raya lebih teruk berbanding ‘cap ayam’

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Biarpun kali pertama tiga pemimpin PAS diberi sebagai anggota Kabinet, namun prestasi mereka menunjukkan kejayaan biar pun tanggungjawab yang dipikul merupakan bidang baharu.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, PAS hanya mempunyai tiga menteri dalam kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Advertisement -

Katanya menteri terbabit iaitu Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Idris Ahmad (Menteri Hal Ehwal Agama) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Menteri Sumber Asli dan Tenaga).

“Mengikut pengamatan kita Indeks Prestasi Utama (KPI) mereka alhamdulillah menunjukkan prestasi yang baik,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Kelantan, semalam.

Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Baru-baru ini bekas ahli parlimen Pulai Dato’ Nur Jazlan Mohamed dilapor mendakwa kualiti dan kredibiliti menteri dari PAS sebagai cap ayam sehingga menjadi beban kepada Perdana Menteri.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, dakwaan cap ayam seperti disebut pemimpin Umno Johor terbabit atas ukuran apa.

“Kalau kita nak kata dia tanding pilihan raya pun tidak menang, itu cap apa. Pemimpin terbabit mungkin mempunyai masalah psikologi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -