10,000 usahawan tani dilahir di Kelantan sejak 2015

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Seramai 17 orang daripada 1,800 peserta program Dapur Hijau dinaik taraf sebagai usahawan tani dengan mendapat peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri.

Setiap tahun seramai 1,800 peserta menyertai program Dapur Hijau dari 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, mereka bmenerima bantuan tambahan antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang bagi mengembangkan lagi program Dapur Hijau.

- Advertisement -

Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 bagi peserta Dapur Hijau yang berpotensi mengembangkan pertanian secara kecil-kecilan di halaman rumah kepada projek berskala besar.

“Daripada bajet tambahan tersebut kerajaan negeri berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani di Kelantan,” katanya selepas perasmian Sambutan Hari Dapur Hijau bagi peringkat negeri di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Kelantan dekat sini semalam.

Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah. Turut hadir Timbalan Exco Abdul Azziz Kadir; Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Wan Mohd Husni Wan Osman.

Program Dapur Hijau diperkenalkan kerajaan negeri pada 2015 sehingga sekarang berjaya melahirkan hampir 10,000 usahawan tani yang melaksanakan aktiviti pertanian di halaman rumah mereka.

Tuan Mohd Saripudin juga berkata, pertandingan dapur hijau yang diadakan di peringkat Parlimen mampu mengenal pasti peserta yang berpotensi mengembangkan aktiviti pertanian dengan sokongan kerajaan.

Menurutnya juga tahun ini kerajaan ngeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan program tersebut berbanding tahun lepas RM150,000. – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -