Pemandangan cantik sepanjang laluan ECRL di Terengganu

- Advertisement -

AKAN datang, kawasan sekitar Darau ini akan menjadi laluan stesen ECRL iaitu berdekatan Alor Keladi Lubuk Kawah ke Kelantan. Stesen ini mempunyai pemandangan yang cantik berlatarkan sawah padi.

Kebanyakan stesen ECRL di Terengganu akan menikmati pelbagai pemandangan, ada yang berbukit, hutan, jalan raya tetapi laluan Alor Keladi Lubuk Kawah merupakan antara tempat yang mempunyai pemandangan yang tercantik.

Dengan adanya stesen ECRL ini, impak paling besar ialah limpahan ekonomi, kerana ianya akan turut mewujudkan ruang niaga, kemudahan dan infrastruktur serta kedatangan pengunjung. Dengan itu, akan ada pelbagai aktiviti dan percambahan ekonomi setempat.

Asalnya, jajaran stesen ECRL yang lama terletak di Kampung Raja. Kemudian, projek ECRL dibatalkan pada zaman PH. Tetapi selepas ia diteruskan semula, kita berunding balik, ubah jajaran untuk jimatkan kos dan sebagainya. 

Jajaran asal seperti cadangan Kerajaan Pusat dengan CCCC iaitu kontraktor yang membinanya terletak di laluan pantai. Kosnya mahal kerana melibatkan ‘soil treatment’ atau rawatan tanah kerana tanah di sekitar situ ialah tanah BRIS.

ECRL ini 70 peratus adalah kargo atau barangan, 30 peratus pula penumpang. Kerana inilah diwujudkan stesen ECRL, untuk membuka peluang kepada pembukaan dan memajukan kawasan industri. Adanya stesen ini, ada orang berniaga, buat kilang dan sebagainya yang boleh dibuka sebelah Besut dan Setiu. 

Sebab itu jika kita lihat secara keseluruhan negeri, Besut dan Setiu yang agak tertinggal dari segi pembinaan kawasan industri. Namun, sedikit masa lagi, insyaAllah tempat ini bakal berubah seperti tempat maju yang lain.

DATO’ SERI DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu – HARAKAHDAILY 4/7/2022

- Advertisement -
- Advertisement -