Benamkan DAP dan PH, bukan beri nyawa

Khemah besar agenda tersasar

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato’ Haji Mohd Amar Abdullah mengenai gagasan penyatuan ummah serta menolak cadangan ‘Khemah Besar’ yang hanya memberi nyawa kepada Pakatan Harapan (PH).

PAS Pulau Pinang yakin situasi politik semasa negara masa ini memerlukan parti-parti dan NGO-NGO Melayu Islam serta rakan-rakan bukan-Islam yang tidak ekstrem supaya lebih erat bekerjasama terutama dalam menghadapi PRU-15 bagi mengelakkan tragedi 22 bulan pemerintahan PH pasca PRU-14 berulang kembali.

Suasana politik di Negeri Pulau Pinang khususnya, melibat Penyatuan Ummah ini sangat penting bagi membenam DAP dan PH daripada memerintah negeri ini, seterusnya, PAS Pulau Pinang kekal untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan PH.

Kelalaian Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak menjalin hubungan penyatuan ummah ini dengan sebaiknya, maka sudah semestinya harapan untuk merampas Pulau Pinang ataupun ingin menjatuhkan DAP dan PH hanyalah suatu omongan yang kosong.

Justeru, PAS Pulau Pinang yakin bahawa usaha penyatuan ummah ini memerlukan kesungguhan jiwa yang besar serta sikap toleransi dan sabar demi mencapai kesejahteraan.

“Islam Menyatukan Ummah”

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 23/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -