Orang Melayu memang suka raya

- Advertisement -

AIDILFITRI, dia ambil sebulan penuh, langsung tak boleh kurang. Kadang terlajak sampai Zulkaedah. Yang tak sempat puasa enam itu, biasa dia jadikan tuan rumah terbuka sebagai kambing hitam penyebab dia tak sempat puasa, lepas dia makan kambing golek dekat rumah itu. Puasa lambat OK, raya lambat, dia rasa gelisah jer hari ke-30 itu.

Bila time Raya Haji, alhamdulillah, sampai ke luar negara dia buat korban, raikan saudara seagama di seluruh dunia. Tapi ada pula yang takbir tak sampai empat hari. Dia ingatkan takbir hari pertama jer, macam Aidilfitri.

Datang Deepavali, dia tahu dekat mana muruku sedap nak dibeli. Dah orang larang sambut hari raya keagamaan bukan-Islam, eh dia tak kira. Dia pun sibuk juga nak raya.

Sampai masa Krismas, habis semua pokok-pokok Krismas dia ambil gambar. Suka sangat. Kadang siap dia pakai topi Santa Claus yang paderi Kristian sendiri kata Santa Claus ini asal dari agama Pagan. Yang kerja part time jadi Santa Claus pun ada. Cari rezeki ‘halal’, konon kata mereka.

Malam tahun baru, yang ramai bersorak tengok bunga api, Melayulah. Yang mabukpun, tak kurang jumlah dia. Tahun baru orang lain yang disambut agama lain, dia pula jadi tukang sibuk. Nak guna kalendar, buka isu, tapi jadikan diri sebagai salah seorang dari mereka, itu yang tidak betul.

Ada sekali, kena pada tarikh, raya puasa selang sehari dengan Tahun Baru Cina. Dengan pantas terlintas dalam kepala mereka buat slogan ‘Kongsi Raya’. Kongsi dalam bahasa Cina dan Raya dalam bahasa Melayu. Dia tak sedar yang Cina tak nak pun kongsi apa-apa dengan dia. Tapi mengada-ngada itu lebih. Menyampah.

Eh, tak berhenti setakat itu jer. Chap Goh Mei pun, dia tumpang sekaki. Tahu jer dia kuih bakul atau kuih bulan mana yang sedap. Macam mana cara nak makan. Sampai kadang itu, dia tumpang sekaki hanyutkan perahu kertas, buat cari jodoh, ikut kata orang Cina. Pehallah engkau ni?

Masa Thaipusam, diapun datang, katanya nak tengok orang bawa Kavadi. Kagum pula dia tengok orang kena cucuk situ sini, berjalan atas bara tapi tak sakit. Cuma tak tahu ada atau tak dia tumpang pecahkan kelapa sebab nak hapuskan dosa dan noda. Akau yakin ada tu seorang dua yang buat. Nak jadi sportingkan?

Sekarang ni Bon Odori pula. Tak bagi chance, diapun nak pulun juga. Orang dah cakap itu perayaan keagamaan, dia boleh pula lawan balik.

Apa nak buat, Melayu menang suka beraya. Semua raya, dia nak tumpang raya juga, dia tak kira. Malaysiakan truly Asia.

Tapikan, bangsa lain itu, ada tumpang menyibuk ke dengan raya agama kita?

MOHD NASIR ABDULLAH
9 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 9/6/2022

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -