Penghulu hantar bekalan air guna motosikal roda tiga

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Bagi membantu penduduk yang berdepan masalah gangguan bekalan air pelbagai usaha dilakukan wakil-wakil rakyat bagi mengurangkan beban pengguna.

Mereka memahami usaha Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meningkat bekalan air di kawasan bermasalah terutamanya hujung paip mengambil masa untuk dipulihkan.

- Advertisement -

Adun Selising Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, beliau mengeluarkan peruntukan sendiri bagi membolehkan penghulu menghantar air menggunakan motosikal roda tiga ke rumah pengguna-pengguna yang bermasalah.

Antaranya kata beliau Taman Merbau Utama bersebelahan Matrikulasi Kok Lanas dihantar bekalan air ke pintu rumah penduduk yang menghadapi tekanan rendah.

” Saya membayar RM50 sehari kepada penghulu untuk memunggah dan edar air dari tube well di masjid berdekatan kepada pengguna yang bermasalah,” katanya di sini.

Menurutnya usaha itu dilakukan bagi mengurangkan beban pengguna terutamanya warga emas untuk mengambil bekalan air di masjid yang dibina telaga tiub.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, lokasi terbabit menghadapi masalah bekalan air memandangkan kedudukannya agak tinggi dan di hujung paip agihan AKSB. – HARAKAHDAILY 1/5/2022

- Advertisement -