‘Jangan jual ubat kurap kalau kita berkurap!’

- Advertisement -

ADA bekas ‘Exco kanan’ yang mendakwa dirinya kanan dahulu, menghentam Kerajaan Negeri Kelantan sejak seminggu yang lepas atas isu pembalakan. 

- Advertisement -

Banyak sungguh dikaitkan hal ‘1.5 juta hektar HSK di Gua Musang dan Lojing’ hingga disangkut pautnya dengan getahlah, sawitlah dan masih terkeliru mindanya sama ada durian itu pokok hutan atau tidak.

Mari kita sebutkan kepada dia bahawa jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Jajahan Gua Musang termasuk Jajahan Kecil Lojing adalah 224,316.5 hektar.

Pertama, 11 HSK ini bersamaan 554,298.143 ekar manakala keluasan kelulusan Pembangunan Ladang Hutan di Jajahan Gua Musang adalah 63,833.4 hektar dengan pecahan seperti berikut:

Bilangan HSK keluasan Ladang Hutan (LH)

1. HSK Batu Papan seluas 13,831.5 ha (34,178.38 ekar) manakala LH seluas 10,520.0 ha (25,995.49 ekar).

2. HSK Bukit Hantu seluas 3,134.0 ha (7,744.28 ekar) dan tiada LH.

3. HSK Chiku seluas 759.0 ha (1,875.53 ekar) manakala LH seluas 438.4 ha (1,083.31 ekar).

4. HSK Gunung Rabong seluas 16,355.0 ha (40,414.09 ekar), manakala LH seluas 801.0 ha (1,979.3 ekar).

5. HSK Lojing seluas 13,063.0 ha (32,279.38 ekar) dan tiada LH.

6. HSK Nenggiri seluas 21,160.0 ha (52,287.50 ekar), manakala LH seluas 9,696.0 ha (23,959.3 ekar).

7. HSK Perias seluas 60,355.0 ha (128,934.65 ekar) dan luas LH 11,540.0 ha (28,516.0 ekar).

8. HSK Sungai Betis seluas 52,178.0 ha (88,523.03 ekar), manakala LH seluas 8,018.0 ha (19,812.9 ekar).

9. HSK Sungai Brok seluas 25,824.0 ha(63,812.50 ekar) dan LH 11,170.0 ha (27,601.7 ekar).

10. HSK Sungai Terah seluas 4,442.0 ha (10,976.42 ekar) dan tiada LH.

11. HSK Ulu Galas seluas 13,215.0 ha (32,654.98 ekar) dan LH 11,650.0 ha (28,787.8 ekar).

Jumlah HSK 224,316.5 ha (554,298.143 ekar) dan luas LH hanyalah 63,833.4 ha (157,735.8 ekar).

Kedua, jumlah Kelulusan Dasar yang telah diluluskan bagi Pembangunan Ladang Hutan adalah seluas 189,940 hektar. 

Manakala luas kawasan yang telah dilesenkan untuk pengeluaran kayu sebelum penubuhan ladang adalah 116,699.20 hektar daripada keluasan tersebut.

Ketiga, tiada kelulusan ladang hutan di HSK Lojing sama ada untuk tanaman getah atau tanaman kelapa sawit. Kerajaan Negeri tidak memberikan kelulusan untuk tanaman kelapa sawit dalam Hutan Simpanan Kekal. Adakah bekas ‘Exco kanan’ tidak tahu hal seringkas ini?

Keempat, secara dasarnya spesies durian adalah merupakan spesies pokok hutan yang boleh menghasilkan kayu. Apatah lagi spesies durian Musang King yang merupakan spesies hybrid bertujuan untuk penghasilan buah yang bermutu tinggi. 

Di Negeri Kelantan kelulusan penanaman durian di dalam kawasan Projek Ladang Hutan hanya dibenarkan 30 peratus daripada setiap keluasan yang diluluskan.

Sekian kita jawab ringkas-ringkas untuk mantan ‘Exco kanan’.

Dengan situasi sebegini teringat pula pesanan Almarhum Tok Guru, “Jangan jual ubat kurap kalau tubuh sendiri dipenuhi tompok kurap”.

Apapun tahniah Jabatan Hutan Negeri atas kecekapan dan ketelusan dalam pengurusan sumber asli kita ini.

DR SHAHID IZANI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 29/3/2022

- Advertisement -